top of page

TYT Sarawak: KEADILAN Sarawak tidak pernah bincang isu lantikan



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak tidak pernah membincangkan isu pelantikan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dalam mana-mana mesyuarat setakat ini.


Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, dakwaan KEADILAN dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) senada dalam hal pelantikan TYT Sarawak seperti yang diulang siar dalam sosial media milik PBK dan menjadi tular bukanlah pendirian rasmi parti.


Katanya, terdapat pendirian peribadi Timbalan Pengerusi MPN Sarawak, Senator Abun Sui Anyit dan hal itu tetapi hal ianya tidak diputuskan oleh KEADILAN Sarawak.


"Isu seumpama ini tidak pernah (sama sekali) dibincang dalam mana mana mesyuarat parti dan PBK tidak perlu mengaitkan KEADILAN Sarawak dalam isu ini," kata Abang Zulkifli dalam satu kenyataan.


Jelasnya selaku Setiausaha MPN Sarawak, beliau menegaskan pihaknya tidak pernah ada hubungan politik dengan PBK malah tidak pernah membuat kenyataan bersama.


"Masyarakat perlu diberitahu bahawa setakat ini kita tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan PBK. Sebarang hubungan peribadi antara kepimpinan parti adalah hak peribadi yang patut dihormati," ujarnya.


Tambah beliau, sebagai sebuah parti besar yang berdisiplin, KEADILAN Sarawak patuh kepada lunas-lunas perlembagaan parti dan Perlembagaan negara.


"Setiap isu isu besar yang membabitkan Perlembagaan dan polisi negara akan dibincang.


"Sebarang isu besar dan sensitif terutama sekali yang menyentuh sentimen rakyat tetap akan akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Negeri.


"Kenyataan yang menggunakan nama parti tanpa melalui perbincangan dalaman parti adalah di luar konteks permufakatan dan disiplin dalaman parti," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page