top of page

Turunkan yuran IPTA/S, kurangkan beban mahasiswa - PH


Tuntutan dari mahasiswa Universiti Awam (UA) agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji untuk menurunkan yuran pengajian wajar diberi perhatian serius.


Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) berkata, isu itu melibatkan kepentingan lebih 500,000 pelajar IPTA di seluruh negara yang mana keluarga masing-masing menghadapi cabaran kekurangan pendapatan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.


"JKPPH bersetuju dengan tuntutan dari para siswa agar pihak UA menurunkan yuran dengan mengecualikan yuran-yuran tidak berkaitan sewaktu kebanyakan pelajar menjalankan sesi kuliah dan pembelajaran mereka secara dalam talian.


"Jawatankuasa juga mengambil maklum tuntutan para siswa dari institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) agar yuran mereka juga diturunkan di dalam keadaan terpaksa belajar secara dalam talian sepanjang wabak melanda.


"Walau bagaimanapun JKPPH juga cakna terhadap survival IPTS yang kebanyakannya dilanda krisis sepanjang wabak melanda kerana kurangnya kemasukan pelajar baharu sepanjang tempoh Covid-19, terutamanya kemasukan pelajar antarabangsa yang majoritinya merupakan punca pendapatan kepada IPTS tempatan," kata jawatankuasa itu.


Justeru, pihak JKPPH mencadangkan kerajaan agar mengambil langkah tidak konvensional di dalam menangani krisis pendidikan di kala wabak melanda.


Kata mereka, keadaan yang getir dan luar biasa itu memerlukan pendekatan yang tidak konvensional dalam memastikan proses pendidikan tidak terganggu dan akses rakyat kepada pendidikan berkualiti di peringkat pengajian tinggi akan terus lestari kendati pun wabak yang melanda.


"JKPPH menggesa yuran di UA diturunkan dan memberikan subsidi tambahan kepada pihak universiti di atas penurunan tersebut untuk menampung kos pengurusan melalui geran-geran khas


"Kerajaan juga perlu menyalurkan lebih banyak geran-geran untuk pembangunan infrastruktur dan infostruktur digital di kesemua 20 UA demi memastikan kelancaran pembelajaran secara digital dapat dijalankan oleh kesemua UA demi keselesaan dan kemudahan pembelajaran dan pengajaran para siswa dan para pensyarah," kata mereka.


Sementara bagi IPTS pula, jawatankuasa menyarankan kerajaan mengimbangkan di antara kelangsungan pengurusan pihak IPTS yang terbabit dan juga kemaslahatan para pelajar.


"Maka dicadangkan agar kerajaan memberikan subsidi bayaran yuran kepada para pelajar dari keluarga B40 dan M40 yang belajar di IPTS bagi memungkinkan pihak IPTS membuat penurunan yuran


"JKPPH juga mencadangkan pengecualian cukai ke atas IPTS dilakukan berdasarkan jumlah biasiswa yang mereka berikan kepada pelajar yang memerlukan, dan berdasarkan penurunan yuran kepada para pelajar tempatan," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang renggam), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai), Natrah Ismail (Ahli parlimen Sekijang), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Rusnai Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu).



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page