Turunkan harga tiket penerbangan, anak Sarawak mahu pulang mengundi


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak menggesa kerajaan supaya bekerjasama dengan syarikat penerbangan supaya menurunkan harga tiket, bagi membolehkan anak Sarawak pulang mengundi pada 18 Disember ini.


Dalam kenyataan bersama Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalan Ketua AMK Sarawak, Chiew Choon Man, mereka mengakui telah menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada anak kelahiran Sarawak yang kini bekerja di Semenanjung Malaysia berkenaan harga tiket penerbangan yang terlalu mahal untuk mereka pulang mengundi.


"AMK Sarawak telah melakukan semakan secara rambang di laman web syarikat-syarikat penerbangan untuk thari sebelum dan selepas hari tarikh mengundi.


"Berdasarkan carian rambang tersebut, kami amat terkejut apabila mendapati harga tiket penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur ke Kuching dan Miri adalah dari RM1,100 sehingga RM3,300. Nilai tambang yang dipaparkan untuk perjalanan ini adalah tidak munasabah dan sebenarnya lebih kurang dengan harga tiket ke negara-negara asing," katanya.


Setakat ini, katanya, berdasarkan anggaran kajian, seramai lebih kurang 250,000 anak Sarawak yang layak mengundi sedang berada di Semenanjung ketika ini.


"Kegagalan kerajaan Sarawak dan Persekutuan untuk memastikan pembangunan yang seimbang antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah menyebabkan ramai anak-anak Sarawak terpaksa meninggalkan kampung kesayangan mereka untuk mencari nafkah ataupun meneruskan pendidikan di Semenanjung Malaysia.


"Hak mengundi merupakan hak perlembagaan dan hak asasi setiap rakyat negeri Sarawak. Namun, anak-anak Sarawak kini pula seolah-olah dihukum dan dihalang daripada menunaikan hak mereka sebagai anak Sarawak untuk mengundi akibat harga tiket penerbangan yang terlampau mahal.


Justeru, AMK Sarawak menuntut kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak agar berbincang dengan syarikat penerbangan berkenaan isu ini.


"Tindakan segera haruslah diambil untuk menurunkan harga tiket penerbangan bagi membolehkan anak- anak Sarawak di perantauan kembali ke negeri tercinta dan melaksanakan hak-hak mereka dalam menentu masa depan Sarawak," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER