top of page

Turun suhu politik jika amal konsep muhibah



Suhu politik yang memanas seharusnya diturunkan pada bulan Ramadan yang mulia ini.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, ahli dan penyokong politik seharusnya menggunakan kesempatan berbuka puasa secara muhibah bagi duduk bersama membincangkan isu isu negara secara rasional.


"Kami dari PKR, PAS, DAP, UMNO, BERSATU, Amanah, GPS. Kami berbeza parti, berbeza kaum dan agama, tapi kami Muhibbah.


"Maka, marilah turunkan suhu politik, kaum dan agama," kata Tze Tzin dalam satu hantaran di aplikasi X sebagai kapsyen gambar beliau bersama ahli politik setempat dalam majlis santai bersama.


Tambah Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu, hanya dengan bersatu padu dan muhibah sahaja negara akan maju dan dikunjungi lebih banyak pelabur asing.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page