top of page

Turun harga: Kerajaan buka tanah pertanian, tambah produk makanan



Kerajaan Perpaduan akan mencuba formula baharu untuk menurunkan harga makanan dengan menambah penghasilan bahan mentah pertanian.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan) berkata formula yang dilakukan oleh kerajaan lepas telah gagal kerana terlalu bergantung kepada subsidi tanpa meningkatkan pengeluaran bahan makanan.


"Sebarang bentuk campurtangan kerajaan yang melibatkan kawalan harga tidak boleh sehingga memusnahkan rantaian bekalan atau kekurangan bahan mentah dalam pasaran.


"Maka tumpuan kementerian adalah memastikan kita menyediakan infra secepat mungkin untuk meningkat kapasiti pengeluaran dan penyampaian kepada pengguna supaya harga itu turun akibat imbangan bekalan, bukan atas subsidi kerajaan semata mata.


"Kita berusaha untuk mempercepatkan penyelesaian kepada pergantungan import makanan ayam supaya masalah ini tidak berulang, dan yang tidak diusahakan oleh sahabat di seberang sana sepanjang 33 bulan dalam kerajaan sehingga kita ada masalah (bekalan bahan makanan) ini.


"Pada masa sama kerajaan juga akan membuka modal, tanah dan latihan kepada usahawan usaha tani dari golongan miskin tegar dan B40 untuk melibatkan diri dalam membekal bahan mentah


"Program seperti ini akan diperkenal pada 26 Feb 2023 dan melibatkan tanah Kerajaan Persekutuan bermula 800 ekar pertama untuk golongan B40 dan miskin tegar usahakan tanaman," katanya dalam sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat sebentar tadi.


Rafizi berharap Kerajaan Negeri akan turut sama memberikan plot tanah untuk meningkatkan lagi usaha tani tersebut.


Kaedah itu, katanya adalah serampang 2 mata untuk meningkatkan produk pertanian dan menambah pendapatan golongan B40 yang terpilih, termasuk juga pesara kerajaan yang akan tergolong dalam B40 selepas bersara.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page