Turun harga ayam 20 sen tidak bantu kekalkan bekalan di pasaran - Chang Lih Kang



Tindakan kerajaan BN mengawal harga dengan menurunkan harga ayam segar 20 sen sekilogram kepada RM8.90 sekilo tidak akan membantu memastikan bekalan mencukupi.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, kerajaan seharusnya memberi subsidi kepada pengusaha penternakan ayam untuk meningkatkan pengeluaran dan seterusnya harga akan dapat dikawal dengan lambakan bekalan.


"Kerajaan perlu membantu penternak ayam sebab memang harga makanan ayam naik mendadak. Kalau kerajaan betul-betul nak kawal harga ayam mereka perlu beri subsidi kerana dengan itu kos penternak turun dan dapat mengawal bekalan ayam.


"Dengan penurunan harga jual 20 sen tidak membantu kerana kos yang ditanggung penternak kekal tinggi. Kalau mereka sebagai kerajaan yang bertanggungjawab mereka perlu adil kepada penternak dan juga pengguna," katanya ketika dihubungi.


Semalam, mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin mencadangkan agar kerajaan menyediakan subsidi RM500 per metrik tan kepada penternak ayam bagi mengawal harga.


Tindakan itu, katanya boleh memastikan harga dan bekalan ayam stabil dalam jangka panjang tanpa perlu mengimport.


Dalam hal pengimpotan ayam Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang juga tidak menyetujui langkah kerajaan.


Mengenai komen netizen di media sosial yang mendakwa permit import (AP) diberi kepada kroni tertentu dan mengenakan harga RM8,366 setan ayam, sedangkan boleh diperolehi pada harga RM5,435 setan, Lih Kang berkata, hal itu akan menjadi masalah jika ia benar benar berlaku.


"Kita dah boleh agak kerajaan akan beri kepada mereka yang ada hubungan. Ini tidak membantu harga ayam menjadi makin murah


"Saya rasa jika dakwaan itu benar maka ia tidak memberi kesan yang positif terhadap harga ayam," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER