top of page

Turun Anwar: Tiada Kaitan Turun PM dan Pelantikan Hakim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

PM Anwar mendapat sokongan padu Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan, tiada sebab letak jawatan
PM Anwar mendapat sokongan padu Kabinet dan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan, tiada sebab letak jawatan

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Di sebalik pelbagai pihak yang menentang kerajaan giat bercakap tentang “Turun Anwar” kononnya sebagai jalan penyelesaian dalam isu kehakiman yang timbul, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi haruslah direnung dengan mendalam serta dihadami.


Menurut Ahmad Zahid, mereka yang membuat desakan itu hendaklah menghormati proses undang-undang dan sistem demokrasi negara ini.


PMX disokong 154 Ahli Parlimen


Tegas beliau, PMX ketika ini mendapat sokongan daripada 154 Ahli Parlimen, lebih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.


"Kami berpendapat soal pelantikan Ketua Hakim Negara tidak harus dipolitikkan dan kita perlu yakin atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, siapa juga yang akan dilantik setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

"Ia tentu mengambil kira personaliti dan latar belakang yang akan diteliti, kita mahu semua pihak hendaklah akur siapa juga pilihan Agong.


"Agong akan mengambil kira keperibadian dan latar belakang calon yang dicadangkan ketika membuat keputusan, dan kita harus menghormati keputusan tersebut," katanya lagi.


Pada Jumaat, Sekretariat Mempertahankan Badan Kehakiman berkata, Perdana Menteri harus melepaskan jawatannya serta-merta atas alasan wujud konflik kepentingan dalam pelantikan badan kehakiman memandangkan Anwar didakwa terbabit dalam beberapa saman sivil.


Pihak pembangkang pula akan menganjurkan perhimpunan yang dinamakan “Turun Anwar” pada 26 Julai depan di Dataran Merdeka dan sebelum tarikh tersebut, beberapa siri jelajah peringkat negeri turut diadakan.


Tiada kaitan isu hakim dan PM letak jawatan


Daripada kenyataan Ahmad Zahid itu, selain semua pihak hendaklah menghormati proses pelantikan Ketua Hakim Negara sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, mereka juga haruslah menghormati kedudukan Perdana Menteri yang dikira stabil daripada sokongan Ahli-Ahli Parlimen.


Tidak harus isu pelantikan itu dikaitkan dengan kedudukan Perdana Menteri kerana ianya tidak kaitan sama sekali.


Jika ingin menjatuhkan Perdana Menteri, prosesnya ialah sama ada dengan mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen atau melalui pilihan raya umum setiap lima tahun sekali.


Ikutlah sajalah saluran yang dibenarkan oleh undang-undang itu dan dalam waktu yang sama hormatilah kedudukan Perdana Menteri yang ada sokongan lebih dua pertiga itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page