top of page

Turun Anwar: Ekonomi baik, rakyat rasai kestabilan politik - Nabil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 19
  • 1 min read

ree

Himpunan mahu menggugat kerajaan 'Turun Anwar' pada 26 Julai ini merupakan tindakan terdesak pembangkang yang ketiadaan isu.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Nabil Halimi (gambar), pembangkang tidak lagi mempunyai mesej atau perjuangan yang jelas untuk diketengahkan kepada rakyat selepas gagal menumbangkan kerajaan secara 'tebuk atap' sejak November 2022.


Katanya, sepanjang tempoh itu ekonomi negara telahpun berkembang dengan baik dan Pelaburan Langsung Asing mencurah curah masuk.


Jelas beliau, pada waktu ini pembangkang terpaksa menggunakan isu isu remeh seperti saman sivil ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugat ketua kerajaan Malaysia itu.


Namun, kata Nabil, beliau yakin rakyat bijak melihat perubahan ketara pentadbiran PM Anwar berbanding PM dari Perikatan Nasional sebelum ini yang mentadbir 'kerajaan gagal'.


''Pembangkang yang tiada modal dan arah tuju. Saya yakin rakyat mampu menilai dengan rasional.


''Kerajaan kita stabil, ekonomi baik dan rakyat merasai keseimbangan yang ada di Malaysia ini,'' katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas mengenai isu pelantikan hakim yang sebelum ini ditunggang pembangkang, kata Nabil, pelantikan hakim mengikut prosedur.


Biarpun sedikit lewat tetapi semua pihak yang memainkan peranan dibenar berperanan dan hal itu, katanya, membuktikan Kerajaan Madani benar benar melaksanakan reformasi institusi.


''Tak perlu dipersoalkan (pembangkang). Memang sudah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


''Jadi kita wajar hormati proses pelantikan yang diperuntukkan,'' ujarnya lagi.


Sehubungan itu, beliau mahu rakyat Malaysia membuka fikiran sebelum menghabis masa dan tenaga turun ke himpunan anjuran pembangkang, maka lihat dahulu pencapaian Kerajaan Madani selama dua tahun mentadbir.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page