top of page

Turun Anwar: Bising tiada isi, tidak mampu gugat PM - Kamil Munim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 15
  • 1 min read

ree

Sebarang percubaan pembangkang untuk menjejaskan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menerusi himpunan seperti yang dirancang pada 26 Julai ini tidak akan berhasil.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) menegaskan, Perdana Menteri memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen dan memimpin sebuah kerajaan yang stabil.


Justeru tindakan pembangkang cuba mengadakan himpunan membantah Anwar sekadar mencetus persepsi kepada rakyat.


"Sedangkan himpunan itu tiada hala tuju yang nyata, lebih bersifat menangguk di air keruh dan hanya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat tanpa menawarkan apa-apa penyelesaian


"Usaha menggugat kedudukan Perdana Menteri melalui himpunan tidak akan memberi kesan kepada kestabilan politik semasa," kata Kamil dipetik.


Beliau berkata begitu selepas merasmikan Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah MADANI Parlimen Tambun di pekarangan Masjid Al-Amin malam tadi.


Karnival bertujuan memperkasa aktiviti Islamik dan kerohanian di samping memupuk semangat hijrah dalam kalangan masyarakat setempat itu menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung dari seluruh Perak sepanjang dua hari penganjurannya.


Sementara itu beliau menegaskan, pentadbiran Perdana Menteri lebih memberi tumpuan kepada usaha menstabilkan kos sara hidup, memperkukuh keyakinan pelabur dan memastikan penyampaian dasar kerajaan terus sampai kepada rakyat.


Justeru beliau yakin rakyat yang bijak dapat menilai usaha-usaha dilaksana itu adalah demi masa depan negara dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang usaha memburuk kerajaan seperti cuba dilakukan pembangkang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page