top of page

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tiada kuasa gantung SUK, PUU

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
49 minutes ago
1 min read

Jabatan Peguam Negara (AGC) berpendapat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (PUU) yang berkuat kuasa serta merta.


Menerusi satu kenyataan, AGC berkata, perkara berkaitan pelantikan termasuk penggantungan tugas SUK dan PUU negeri, masing-masing terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).


"Bagi pelantikan Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu pula, perlu dinyatakan bahawa pelantikannya hendaklah mematuhi Perkara 37 UUTKNS iaitu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan," kata kenyataan itu.


Terdahulu media melaporkan MMKN Negeri Sembilan sebulat suara memutuskan untuk menggantung tugas SUK, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat PUU, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dilaporkan berkata, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali, dinamakan untuk menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga pengganti baharu dinamakan Ketua Setiausaha Negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page