top of page

PM saksikan perarakan kontinjen Malaysia di WorldSkills Shanghai 2026

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
53 minutes ago
1 min read
Perarakan kontigen Malaysia pada Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026
Perarakan kontigen Malaysia pada Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyaksikan perarakan Kontinjen Malaysia pada Majlis Perasmian Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026, malam tadi atas jemputan Premier Li Qiang.


Anwar berkata, seramai 22 anak muda Malaysia menyertai pertandingan berkenaan, sekali gus membawa nama negara dan menjulang Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan serta keyakinan.


Beliau menyifatkan para peserta sebagai antara bakat terbaik tanah air dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


"Syabas kepada seramai 22 anak muda kita yang melambangkan bakat terbaik tanah air dalam bidang TVET sambil teguh menjulang bendera Jalur Gemilang dengan rasa kebanggaan dan keyakinan.


"Saya percaya mereka yang bakal bersaing dengan peserta daripada lebih 60 buah negara dalam 21 bidang kemahiran pastinya akan berjuang sedaya upaya merebut kemenangan," katanya dalam muat naik di media sosial.


PM Anwar teruja dengan kontigen Malaysia, berharap menang pingat emas untuk negara
PM Anwar teruja dengan kontigen Malaysia, berharap menang pingat emas untuk negara

Anwar berkata, beliau yakin kesemua peserta akan memberikan usaha terbaik dalam misi mengharumkan nama Malaysia.


Beliau turut mendoakan agar segala usaha dan kerja keras para peserta membuahkan kejayaan, termasuk dalam usaha memburu pingat emas untuk negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page