top of page

Tuntutan Sulu: Kerajaan tidak kompromi cubaan sabotaj negara



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pentadbiranya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana 'tali barut' yang bersekongkol atau membantu kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu.


Mengulas isu tuntutan kumpulan itu terhadap Sabah, Anwar menegaskan pihak berkuasa telah pun memulakan siasatan terhadap pihak yang membuat tuntutan, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.


"Saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang membelakangkan kepentingan dan keselamatan negara dengan memberikan sebarang sokongan, bantuan secara langsung mahupun tidak langsung dan bersekongkol dengan pihak yang membuat tuntutan," katanya.


Pendirian itu dinyatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam sesi penerangan berhubung tuntutan waris Sulu terhadap Sabah, di Dewan Rakyat.


Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam bertindak secara proaktif bagi menamatkan isu tuntutan berkenaan, selain memastikan kepentingan Malaysia serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.


"Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia akan terus mara ke hadapan dan berjuang habis-habisan, demi melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa," katanya.


Mahkamah Rayuan Perancis pada 6 Jun lalu mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan 'Partial Award' kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020.


Keputusan itu memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang, sekali gus menolak tuntutan tidak masuk akal dikemukakan Kumpulan Sulu


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini tidak menolak kemungkinan orang dalam menjadi dalang dalam tuntutan kumpulan Sulu itu.


Ia berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka atas syarikat berkaitan kerajaan Malaysia di luar negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page