top of page

Tuntutan RM10j atas Zuraida bukti KEADILAN pelihara mandat rakyat



Tuntutan RM10 juta dari KEADILAN ke atas bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjadi bukti parti yang diasaskan oleh gerakan rakyat sejak 24 tahun lalu itu mempunyai komitmen tinggi dalam memelihara mandat rakyat.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, keputusan mahkamah semalam adalah pengajaran kepada mana mana pemimpin KEADILAN untuk tidak sewenang wenangnya melanggar syarat bon parti yang wajib ditandatangani mereka sebelum menjadi calon pilihanraya.


"Keputusan ini jelas merupakan kemenangan yang berpihak kepada rakyat yang memberikan mandat kepada individu individu yang bertanding di bawah tiket parti.


"Perbuatan khianat dan kacau ganggu demokrasi telah pun meletakkan negara di kancah ketidakstabilan politik dan ekonomi serta kos sebenar (kerugian negara) adalah melangkaui jumlah RM10 juta itu pada dasarnya," kata Fadhlina dalam satu kenyataan.


Tegas Ahli Parlimen Nibong Tebal tersebut, KEADILAN akan terus memelihara sistem demokrasi berparlimen dan tidak akan mensia siakan sokongan rakyat kepada parti itu atau mana mana calonnya


"Sistem demokrasi berparlimen harus dipelihara dalam apa juga keadaan sekali pun.


"Perbuatan beralih dari satu parti ke satu parti hanya atas kapasiti kepentingan peribadi wajib dinokhtahkan sekarang


"Ini merupakan signal jelas kepada rakyat bahawasanya KEADILAN komited dalam memelihara mandat yang diberikan," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page