Tuntutan Kesultanan Sulu: Ceroboh Sabah, penerima bayaran tahunan adakah pihak yang sama?



Kontroversi tuntutan Kesultanan Sulu ke atas aset Malaysia di luar negara menjadi tajuk utama media dalam seminggu kebelakangan ini.


Nama bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak juga disebut sebagai ahli politik paling cuai dalam sejarah sehingga Malaysia berisiko membayar tuntutan RM67 bilion dalam rampasan aset di luar negara.


KEADILAN bertindak membuat ratusan laporan polis sejak 19 Julai lalu. Tidak cukup itu, netizen mengecam Najib atas tindakannya mengehentikan bayaran RM5,300 setahun kepada waris Kesultanan Sulu sebagai punca pewaris tersebut mengambil tindakan di mahkamah Sepanyol dan Perancis sejak 2017.


Bagaimanapun Najib berkeras menyatakan beliau betul dalam melaksanakan tugas dan waris Kesultanan Sulu hanya berani mengambil tindakan undang undang selepas dirinya tidak lagi menjadi PM.


Bagi aktivis media sosial KEADILAN, Zainurizzaman Moharam, hujah Najib tidak sepenuhnya benar kerana tuntutan awal mahkamah telah pun dibuat oleh waris Kesultanan Sulu pada 2017 ketika Najib masih menjawat PM.


"Posting terakhir Datuk Seri Najib berkaitan isu ini adalah dengan mendedahkan kronologi tuntutan Kesultanan Sulu.


"Apa yang dapat disimpulkan dari penulisan Najib ini, yang pertama beliau menyalahkan Pakatan Harapan, yang kedua beliau nak sebut sewaktu jadi PM, Kesultanan Sulu tidak berani saman kerajaan Malaysia selepas beliau ambil keputusan menghentikan pembayaran tahunan RM5,300 kepada mereka," katanya.


Namun Zainurizzaman bertanya, sama ada Najib telah memastikan terlebih dahulu kedudukan waris Kesultanan Sulu yang menyerang Sabah dan penerima bayaran tahunan berkenaan adalah pihak yang sama sebelum menghentikan bayaran.


Katanya, tanpa kepastian tersebut maka tindakan menghentikan bayaran telah melanggar perjanjian yang diputuskan kesahihannya oleh Mahkamah Tinggi Borneo sejak 1939 dan tindakan itu perlu dipertanggungjawabkan kepada Najib.


"Najib cuba menutup kesilapan sewaktu membuat keputusan menghentikan pembayaran dengan tiba-tiba tanpa melakukan siasatan pihak manakah membuat serangan itu?


"Tindakan menghentikan pembayaran secara mengejut itu merupakan keputusan tidak diplomatik. Memang ada pihak yang marah menyebut mereka sudah bunuh rakyat kita, anggota keselamatan kita, ceroboh tempat kita, ceroboh negara kita takkan nak bayar mereka?


"Persoalannya adakah kita yakin yang melakukan pencerobohan itu adalah waris sah Sultan Sulu?


"Tragedi serangan di Lahad Datu merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara. 200 orang bersenjata dari Filipina yang dipercayai dihantar oleh Jamalul Kiram mendarat di Lahad Datu lanjutan dari tuntutan Sulu ke atas Sabah. Jamalul Kiram pula mendakwa dirinya adalah waris sah Sultan Sulu tetapi kerajaan Filipina sendiri tidak mengiktiraf beliau sebagai waris sah dengan mengenepikannya dalam rundingan damai Pembebasan Islam Moro.


"Jamalul Kiram juga bukanlah satu-satunya individu mengaku sebagai Sultan Sulu. Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad telah dipilih oleh orang Sulu untuk menjadi Sultan Sulu ke 33, dan beliau juga sebagai waris keturunan Sultan Sulu yang berasal dari darah Johor.


"Maknanya Jamalul Kiram yang menyerang Lahad Datu bukanlah waris sah dan kerajaan Malaysia melakukan tindakan salah apabila menghentikan bayaran," ujarnya.


Selain itu, Zainurizzaman juga kesal kerana sehingga ke akhir tempoh jawatannya Najib tidak pernah berusaha untuk mencari dalang sebenar pencerobohan di Sabah .


Sebaliknya, kata beliau, terdapat pula usaha dari Umno untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam peristiwa berdarah berkenaan.


"Datuk Seri Anwar dikecam hebat ketika itu oleh media yang dikuasai Umno, memainkan propaganda bahawa serangan di Lahad Datu ada kaitan dengan beliau. Naratif itu terhenti apabila anak perempuan Jamalul Kiram membuat penafian Datuk Seri Anwar mempunyai kaitan atau serangan Lahad Datu disokong oleh beliau.


"Bukan setakat media yang dikuasai Umno membuat naratif jahat, malah ia turut dilakukan oleh PM kita sekarang Ismail Sabri yang ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mendakwa Nurul Izzah telah mengkhianati negara. Beliau membuat kenyataan itu di majlis berkhatan anjuran Umno bahagian Bera," ujarnya.


Seorang lagi, kata Zainurizzaman, yang menuduh Nurul Izzah mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu adalah Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Kedua duanya disaman oleh Nurul Izzah dan berakhir dengan Ismail Sabri diperintah mahkamah membayar RM600,000 dan Tan Sri Khalid RM400,000.


Justeru, Zainurizzaman mengingatkan Najib agar tidak terus menabur tohmahan menyalahkan orang lain dan menggambarkan dirinya suci dalam isu Kesultanan Sulu.


Katanya, bukti yang ada jelas menunjukkan Najib telah banyak merugikan rakyat Malaysia sama ada dalam isu Sulu atau 1Malaysia Development Berhad yang mana rakyat terpaksa membayar RM38 bilion hutang.


Cuma, katanya, Najib masih dipuja rakyat kerana beliau bijak memanipulasi sokongan melalui media sosial yang memamaikan minda para penyokongnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER