top of page

Tunjukan kerajaan sedia khidmat demi rakyat - Fadhlina



Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek menggesa setiap jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan turun padang bagi menyantuni rakyat.


Fadhlina yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi memastikan rakyat dapat menerima mesej kesediaan Kerajaan Perpaduan berkhidmat demi rakyat sekaligus memastikan kemenangan parti dalam kerajaan pada PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi.


"Tujuan kita berhimpun hari ini adalah untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa kita bersedia untuk berkhidmat dan memastikan kemenangan PRN di enam negeri.


"Pastikan puan-puan turun ke akar rumput untuk berjumpa rakyat, ketuk setiap pintu dan pintu hati rakyat serta berikan jaminan bahawa ini adalah kerajaan yang terbaik dan paling stabil dalam membina ekonomi rakyat dan negara,” katanya pada perbahasan dalam bicara wanita Kerajaan Perpaduan semalam.


Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal sementara itu turut berharap jentera-jentera parti dapat menyampaikan kepada rakyat usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kemiskinan dalam kalangan rakyat dinoktahkan.


Ia termasuk enam rukun dalam konsep Kerajaan MADANI bagi memastikan tiada rakyat akan dipinggirkan dalam usaha kerajaan menoktahkan masalah kemiskinan di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page