Tunda PRN Sarawak tahun hadapan, pastikan 125,000 pengundi muda tunaikan hak



NGO Undi 18 dan Undi Sarawak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak berkaitan agar menunda Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke tahun hadapan.


Menurut kedua-dua NGO terbabit, PRN pada tahun ini akan menghilangkan hak anak muda 18 tahun untuk mengundi dan memberi alasan kepada kerajaan untuk tidak melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengarahkan Undi 18 dikuatkuasakan pada hujung tahun 2021.


"Keputusan mengadakan PRN sebelum pelaksanaan Undi18 juga adalah keputusan pramatang yang mengabaikan hak mengundi belia Sarawak. Pada 3 September 2021, Mahkamah Tinggi Kuching memaksa Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan penurunan umur mengundi dan pendaftaran pemilih automatik pada 31 Disember 2021.


"Keputusan itu adalah untuk memastikan belia Sarawak terutamanya layak mengundi dalam PRN akan datang. Sebaliknya membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada tahun ini akan melucutkan hak 125,000 hingga 135,000 belia Sarawak untuk mengundi," kata NGO berkenaan dalam satu kenyataan.


Kedua-dua NGO itu juga kesal kerana peraturan pilihan raya masih tidak diubah secara radikal bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan Covid 19 daripada berlaku, terutama sewaktu hari mengundi.


"Malaysia berada pada tahap pemulihan Covid-19. Bagaimanapun, wabak masih jauh dari berakhir. Sarawak masih menghadapi purata 500 kes baharu setiap hari dan lebih daripada 10 kematian setiap hari. Walaupun kami sangat menyokong proses demokrasi, namun Perlembagaan Persekutuan menyediakan beberapa langkah sementara dalam masa darurat untuk menangguhkan PRN.


"Tambahan pula, SPR masih belum membuat keputusan yang berbeza secara drastik bagi memastikan prosedur kempen yang lebih selamat.

"Ini terbukti daripada kenyataan oleh Menteri Udang-undang Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Parlimen menyatakan SPR masih belum mengumumkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) bagi PRN Melaka dua minggu lagi," kata mereka.


Sehubungan itu, NGO berkenaan mendesak agar kerajaan mempertimbangkan semula sebarang keputusan untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini.


Semalam, dalam kenyataan Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan membatalkan Darurat Sarawak yang dijadualkan berakhir pada Februari 2022 kepada 2 November 2021, yang membuka jalan untuk diadakan PRN dalam tempoh 60 hari.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER