top of page

Tunai janji, Kumaresan lancar program tuisyen percuma untuk anak B40

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Kumaresan (tiga dari kiri) tunai janji wujudkan program tuisyen anak anak B40
Kumaresan (tiga dari kiri) tunai janji wujudkan program tuisyen anak anak B40

Oleh: Azuan Ab Rahman


Ketua Cabang KEADILAN Tanjong, A Kumaresan pada Khamis mengumumkan pelaksanaan Program Kelas Tuisyen Bijak MADANI secara percuma khusus untuk anak-anak daripada keluarga B40.


Menerusi satu hantaran di laman Facebook ADUN Batu Uban itu berkata, program di kawasan beliau itu merupakan komitmen terhadap manifesto kepada anggota KEADILAN semasa pemilihan parti yang diadakan April lalu.


"Pelaksanaan program Kelas Tuisyen Bijak Madani secara percuma ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban ibu bapa dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar.


"Keutamaan saya adalah memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan, selaras dengan semangat perjuangan Parti Keadilan Rakyat," katanya.


Sementara itu, Kumaresan menjelaskan keputusan untuk mewujudkan kelas tuisyen itu hadir dari pengalaman peribadinya sendiri yang pernah berdepan kesukaran untuk mendapat akses pendidikan.


Pengalaman itu menjadi tekad untuknya memperjuangkan akses pendidikan untuk semua, tanpa mengira latar belakang.


"Saya berkongsi kisah peribadi saya sebagai anak kepada keluarga B40 yang tidak berpeluang untuk ke tadika seperti rakan sebaya lain.


"Namun, ibu saya menjadi tonggak kekuatan keluarga apabila beliau sendiri mengambil inisiatif mengajar kami adik-beradik di rumah. Pengalaman itu menjadi inspirasi kepada saya," tambah ADUN itu.


Menerusi hantaran sama beliau turut membuat seruan agar seluruh anggota KEADILAN Tanjong agar terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam usaha membina masa depan yang lebih baik, adil dan saksama untuk semua.


Kewujudan program tuisyen percuma itu jelasnya sebahagian fokus utama beliau terhadap tiga teras penting iaitu pendidikan, perumahan dan peluang pekerjaan penduduk sekitar.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page