top of page

Tun Mahathir tidak tepati janji, bukan Anwar rebut sokongan Ahli Parlimen PH



Ulasan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad bahawa sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi sokongan untuk membenarkan beliau menjadi PM sekali lagi disifatkan sebagai mengarut.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pihak KEAIDLAN telah pun menepati janji sebaik sahaja menang Pilihan Raya Umum ke 14 dan mencalonkan nama Tun ke hadapan Yang di-Pertuan Agong.


Sebaliknya, Tun yang menyedari tempoh beliau berkuasa sebagai PM interim sebelum menyerahkannya kepada Anwar tetapi beliau mahu terus berkuasa selepas meletak jawatan pada Februari 2020 sebagai tidak wajar.


"Tidak timbul Anwar tak sokong. Perjanjian sebelum PRU14 ialah Dr Mahathir jadi perdana menteri ketujuh. Anwar, KEADILAN dan PH menunaikan janji. PH menang PRU14 dan Dr Mahathir menjadi perdana menteri ketujuh.


"Saya sendiri yang mewakili KEADILAN di samping pimpinan DAP dan Amanah yang terlibat tahu bahawa Dr Mahathir setuju sebagai PM interim.


"Dia tidak setuju menetapkan tarikh untuk berhenti tetapi setuju dua tahun untuk tidak dilihat sebagai 'lame duck' atau pemimpin yang akan pincang. Ternyata Dr Mahathir mungkir janji," katanya dipetik Malaysiakini.


Semalam, dalam wawancara bersama Utusan Malaysia Mahathir membidas Datuk Seri Anwar kerana menyebabkan Ahli Parlimen PH tidak memilih beliau sebagai PM selepas meletak jawatan dan Agong meminta kesemua 222 Ahli Parlimen mengundi calon PM yang dipersetujui.


Mengulas isu perletakkan jawatan itu, Saifuddin berkata, Tun seharusnya mengakui kesilapan beliau meletak jawatan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan PH.


Safuddin juga mempertikaikan kenyataan Tun tidak cukup majoriti disebabkan Anwar kerana PH tidak pernah berjanji untuk menyokong beliau sebagai PM ke 8.


"Dia hilang jawatan akibat perbuatan sendiri yang silap. Jika dia mengakui kesilapannya dia akan lebih dihormati.


"Janji KEADILAN dan PH untuk menjadikan Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh telah ditunaikan.


“Mahathir sendiri tidak tunai janji untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar. KEADILAN tidak pernah janji sokong Mahathir sebagai PM kelapan.


"Jika, Mahathir tunai janji, tidak timbul Anwar tak cukup majoriti," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page