top of page

Tun Mahathir serang Anwar beri nyawa kepada Muhyiddin?



Tindakan Tun Mahathir Mohamad menyerang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dilihat seolah-olah mahu memberi nyawa kepada hayat politik Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada di hujung tanduk.


Menurut Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, serangan itu berlaku semata-mata kerana Tun tidak mahu Anwar berjaya diangkat sebagai PM melalui percaturan politik baharu yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen yang hilang keyakinan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Hakikatnya, kata Abdullah, Tun masih takut terbayangkan sikap tegas Anwar menentang rasuah yang 'tidak berubah' sejak 30 tahun lalu. Sikap itu didakwa akan merugikan kroni-kroni Tun dan kerajaan BN sebelum ini.


"Seperti mana yang kita maklum, perbuatan beliau (Tun) ini sebab dia takut Datuk Seri Anwar menjadi PM. Segala perbuatannya itu menggambarkan biarlah orang lain (jadi PM) asalkan bukan Anwar.


"Apa salahnya Datuk Seri Anwar, apakah tiada kebolehan untuk memimpin? Jangan lupa Anwar telah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik di rantau Asia. Ini telah dibuktikan oleh Datuk Seri Anwar.


"Cuma Anwar menafikan (melawan) sekeras-kerasnya perbuatan rasuah dan menentang penyelewengan serta tidak mengizinkan kronisme. Ini yang menakutkan Tun Mahathir.


"Dengan cara menyerang Anwar (ketika dalam kerajaan PH) dia (Tun) telah membuka ruang kepada pengkhianatan berlaku dalam kerajaan yang ada pada hari ini. Dia cuba menyekat Anwar menjadi PM untuk membolehkan Muhyiddin meneruskan legasi kepimpinan beliau," katanya.


Namun, menurut Abdullah lagi, sikap pengkhianatan Tun itu menyebabkan rakyat berang kerana mandat yang diberikan kepada PH untuk memerintah telah disalahgunakan oleh segelintir pengkhianat bagi melantik PM dan jemaah menteri yang tiada kredibiliti dan kapabiliti memimpin negara.


"Ini (menyebabkan kerajaan PN) tidak boleh diterima kerana rakyat memberi mandat kepada PH dengan memenangkan PH. Tetapi beliaulah (Tun) yang mengundang pengkhianatan dan mencetuskan kerajaan PN yang ada pada waktu ini.


"Saya mempunyai pandangan yang agreasif, iaitu Mahathir menafikan hak Anwar sebagai PM yang termeterai sebelum ini dan mengizinkan Muhyiddin meneruskan legasi kepimpinan yang merosakkan negara," katanya lagi.


Sehubungan itu, Abdullah memberi amaran kepada Tun Mahathir agar 'cukup-ckukuplah' dalam mencatur politik. Pada usia 95 tahun sewajarnya Tun mengingat kebesaran Allah dalam merancang semua kejadian di muka bumi.


Sengketa Mahathir - Anwar menjadi tumpuan semula apabila baru-baru ini Tun menyerang Anwar kononnya tidak mampu menjadi pemimpin ketika krisis dengan memberi contoh era krisis matawang pada 1997 - 1998, sewaktu Anwar menjawat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page