top of page

Tun Mahathir Menteri Mentor, terbuka untuk perbincangan - Anwar




Kerajaan Pakatan Harapan Plus berpeluang untuk ditubuhkan sekiranya jawatan Menteri Mentor diwujudkan dan Pengerusi Bersatu Tun Mahathir Mohamad bersedia untuk mengisi posisi tersebut.


Hal itu dinyatakan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menjawab soalan Ketua Biro Malaysia Channel News Asia (CNA), Melissa Goh dalam satu temubual bersama stesen penyiar yang berpangkalan Singapura.


"Mereka bercakap mengenai menteri kanan (atau) menteri mentor macam Lee Kuan Yew.


"Saya terbuka untuk perbincangan (mengenai hal itu)," katanya dipetik.


Lee Kuan Yew dilantik sebagai Menteri Mentor selepas 34 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Singapura.


Potongan video wawancara bersama Anwar itu dimuat naik Melissa melalui akaun Twitternya malam tadi.


Bagaimanapun, berkenaan permintaan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, Anwar tegas menolaknya.


Beliau berkata jika usul itu diterima, PH akan menghabiskan masa selama enam bulan sebagai kerajaan tanpa dapat memberikan perhatian kepada usaha reformasi, sebaliknya berhujah mengenai pelbagai isu seperti tarikh peralihan kuasa dan kemungkinan rombakan kabinet.


Bagi Anwar, kerajaan baharu mesti komited sepenuhnya kepada pembaharuan struktur.


"Pada pandangan saya beliau (Mahathir) sudah menjadi perdana menteri dua kali. Sudah masanya untuk kita melangkah ke depan.


"Saya tegaskan bahawa ia bukan isu personaliti. Ia adalah mengenai peluang untuk pemulaan baru untuk negara ini.


"Malaysia berhak mendapat yang lebih baik. (Ada) begitu banyak kekecewaan politik sekarang," ujarnya.


Rundingan pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan Plus menemui jalan buntu pada 19 Jun lalu apabila KEADILAN tidak bersetuju sama sekali Tun Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri ke 9.


KEADILAN berkeras mempertahankan prinsip biar pun DAP dan Amanah mengeluarkan kenyataan lunak tujuan mengembalikan Tun sebagai PM merupakan langkah awal bagi memastikan Anwar menggantikannya selepas 6 bulan.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page