top of page

Tun Mahathir akan teruskan usaha jatuhkan Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad tidak akan membenarkan PM Muhyididn Yassin yang mengkhianatinya terus 'leka' di kerusi keramat tersebut. Sebaliknya, Pengerusi Bersatu itu akan mencuba segala cara untuk menumbangkan Perikatan Nasional (PN) biar pun kerajaan PN terselamat daripada menghadapi undi tidak percaya pada persidangan Parlimen selama beberapa jam, 18 Mei lalu. Tun Mahathir baru-baru ini membayangkan sidang Parlimen pada Julai depan akan menjadi lebih hangat kerana PN hanya mempunyai 113 kerusi berbanding 222 kerusi keseluruhan. Sekiranya Undi Tidak Percaya dielak daripada dibentangkan maka Pembangkang bertekad akan menggagalkan usul-usul kerajaan yang memberi natijah sama, PM perlu meletakkan jawatan. “Itu majoriti paling kecil (113 kerusi) yang pernah diperolehi mana-mana kerajaan di Malaysia “(Muhyiddin) akan berdepan masalah besar kerana apa saja peluang yang kami ada untuk membuktikan tidak sah bagi beliau menjadi perdana menteri, kami akan lakukannya," kata Mahathir dipetik. Katanya, parti pembangkang akan menolak rang undang-undang yang dibawa kerajaan dan menyekat ianya daripada berfungsi. “Jika semua yang dibawanya ke Parlimen ditolak, bagaimana beliau mahu teruskan?” katanya lagi. Sebelum ini dalam satu sidang video, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kesahihan PN yang baru memerintah sekitar 2 bulan. “Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters. Pakatan Harapan dan gabungan pembangkang mendakwa Muhyiddin mencuri kuasa pada hujung Februari lalu dengan menggunakan ahli parlimen melompat parti dan parti-parti yang kalah dalam pilihan raya ke 14 berbanding mendapatkan jawatan nombor satu itu dengan cara bermaruah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page