top of page

Tun M 'mudah lupa', semak fakta pengampunan Anwar - Izuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kenyataan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad kononnya beliau tersilap ketika menandatangani surat memberi pengampunan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 adalah sindrom warga emas lanjut usia yang sering terlupa.


Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kassim, bekas PM itu yang telah mencecah umur 100 tahun tentu sekali tidak mempunyai ingatan yang kuat, dan perlu diingatkan hal yang telah beliau lakukan.


Sehubungan itu, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat itu, kenyataan dikeluarkan oleh PM ke-4 dan ke-7 yang 'mudah lupa' itu tidak perlu diambil serius.


''Kadang-kadang apa yang mereka cakap hari ini, esok mereka mungkin lupa. Jadi, kita kena sentiasa ingatkan dan pada masa masa membuat semakan fakta.


''Simptom warga emas ini mereka cepat lupa. Jadi (kita) sentiasa kena buat semakan fakta dengan beliau (Mahathir),'' katanya kepada Suara Keadilan.

Berita Tun Mahathir  hadir ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 2018
Berita Tun Mahathir hadir ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 2018

Terdahulu, dalam satu video di TikTok, Dr Mahathir mendakwa beliau menandatangani dokumen berkaitan pengampunan tanpa mengetahui bahawa ianya perlu melalui Mesyuarat Lembaga Pengampunan serta memerlukan nasihat Peguam Negara, sedangkan faktanya Mahathir telah menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 16 Mei 2018 di Istana Negara yang memutuskan membebaskan Anwar.


Bagaimanapun, mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataan tersebar di internet tampil menepis dakwaan dilakukan Dr Mahahtir dan menyifatkan hal itu tidak benar.


Apandi menjelaskan, meskipun beliau sedang bercuti (garden leave) ketika itu, beliau telah mengemukakan pandangannya selaku Peguam Negara kepada Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan tersebut.


''Saya juga telah menurunkan kuasa (delegate) kepada Peguam Cara 2 untuk mewakili saya, iaitu Datin Paduka Zawyah Bee Loth Khan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan tersebut.


''Zawyah merupakan wakil sah saya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


''Justeru itu, dari segi undang-undang, pengampunan Anwar adalah sah,'' tegas Apandi.


Satu lagi hujah menyangkal kenyataan Mahathir adalah isu pengampunan tersebut tidak pernah ditimbulkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Mac 2020.


Sekiranya pengampunan tidak sah dan tidak mengikut prosedur, tentu sekali Peguam Negara di bawah kerajaan baharu akan melakukan semakan untuk membatalkan pengampunan, dan Anwar yang menjadi Ketua Pembangkang ketika itu mengikut undang undang tidak boleh terlibat dalam politik selama lima tahun selepas dibebaskan dari penjara.

1 Comment


Awaliah Samsudin
Awaliah Samsudin
8 hours ago

Sy peminat setia parti keadilan

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page