top of page

PH Sik turun padang jelaskan isu harga minyak, perbetul salah faham rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Seorang penunggang motorsikal diberi risalah dan diterangkan mengenai isu semasa harga minyak
Seorang penunggang motorsikal diberi risalah dan diterangkan mengenai isu semasa harga minyak

Pakatan Harapan (PH) Sik, Kedah bersama Pejabat Penerangan Daerah Sik mengadakan program turun padang bagi mengedarkan risalah serta memberi penerangan berkaitan isu harga minyak dan kesan konflik Asia Barat kepada orang ramai di sekitar kawasan Sik.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Sik, Habib Muhaiyuddin Habib Danial, pendekatan turun padang membolehkan maklumat disampaikan secara lebih jelas dan berkesan kepada masyarakat.


"Bila turun ke bawah, kita dapat terus menerangkan dan menyampaikan secara jelas tentang isu minyak serta membetulkan salah faham rakyat," katanya.


Beliau berkata, interaksi secara langsung dengan rakyat penting dalam memastikan maklumat yang tepat dapat disalurkan, sekali gus menangani kekeliruan mengenai polisi subsidi bersasar kerajaan yang timbul berkaitan isu semasa.

Pengguna kenderaan perlu diterangkan isu sebenar kenaikan harga minyak dan polisi subsidi bersasar
Pengguna kenderaan perlu diterangkan isu sebenar kenaikan harga minyak dan polisi subsidi bersasar

Program penerangan tersebut akan diteruskan dengan sesi kedua yang dijadualkan berlangsung pada 15 April di kawasan Pasar Malam Beris Jaya.


"Seterusnya kita akan berada di Pasar Malam Beris Jaya untuk sesi kedua bagi meneruskan penerangan kepada masyarakat," katanya.


Inisiatif ini merupakan usaha berterusan PH Sik bagi memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu berkaitan minyak serta memastikan maklumat yang tepat disampaikan di peringkat akar umbi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page