Tun M jurucakap PN: 'Orang lama, idea lama, tunggang menunggang dalam politik'
- Redzuan Shamsudin
- Jun 12, 2023
- 2 min read

Kerjasama di antara bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan pembangkang Perikatan Nasional (PN) yang dimulakan oleh Presiden Pas, Hj Hadi Awang dilihat tidak akan membantu memperbaiki negara.
Hal itu ditegaskan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowind.
Katanya, apa yang berlaku adalah Tun Mahathir akan menggunakan pengaruh Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pas dan PN menggunakan sedikit pengaruh Mahathir yang masih tersisa merayu undi orang Melayu.
"PN dan Tun M ini dua dua dalam situasi yang memerlukan satu sama lain. Mereka dalam keadaan terdesak.
"Jadi bila dua parti terdesak ini, mereka akan saling bergantung satu sama lain untuk menentukan naratif. Jadi untuk mencetuskan satu idea baru tidak mungkin kerana bukan datang dari orang baru. PN pun dikendalikan oleh orang lama politik. Tun M orang lama dan sekeliling dia pun orang lama
"Maka apa naratif yang akan dibawa adalah naratif sama, hasut menghasut, isu Melayu, isu Islam. Jadi memang semua yang mempunyai fikiran yang sama joint together. Tetapi adakah itu akan membawa ancaman, saya rasa tidak," katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut Manivanan lagi, gerakan yang dicetuskan oleh PN ini bukanlah momentum menaik sebaliknya gerakan mendatar.
Untuk pengaruh PN seluruh negara, katanya, Tun bukanlah tokoh berpengaruh seperti dahulu dan dijangka tiada peningkatan besar undi Melayu kepada PN akan berlaku.
Cuma bagi ahli Pas, kata Manivanan, ahli parti itu seharusnya membuka mata bahawa pemimpn tersohor mereka Hj Hadi sanggup melupakan permusuhan berdekad lalu dengan Tun, juga tragedi Memali dan penindasan Tun kepada ahli Pas semata mata demi meraih kemenangan dalam PRN.
"Pas ini telah keluar daripada perjuangan asal mereka di sebabkan Hadi. Beliau untuk politik sanggup buat apa sahaja, kalau esok dia perlu perlu jabat tangan (musuh) dia akan buat.
"Kalau dalam PRN dia kalah teruk, dia akan ada idea baru untuk salam orang lain. Dia tidak ada konsep perjuangan, itu masalahnya
"Yang ada sekarang mileange politik peribadi. Kalau utamakan Pas, idealogi perjuangan, tak kan berjabat tangan semua orang setiap kali ada orang naik dia jabat tangan," kata Manivanan lagi.
Kerjasama antara Pas - PN dan Tun Mahathir juga didakwa sesetengah pihak bagi meningkatkan peluang anak Tun, Mukriz untuk menang di PRN Kedah menggunakan pengaruh Pas. Manakala Pas mungkin boleh menggunakan Tun untuk ceramah di negeri Kerajaan Perpaduan yang maju seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, untuk strategi pentadbiran negeri kerjasama itu tidak akan melakukannya kerana didominasi ahli politik yang pekat perkauman serta agama sempit.
Comments