top of page

Tun M jangan mengarut, Perlembagaan termaktub hak istimewa Melayu - Hassan



Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru baru ini kononnya Melayu akan hilang hak di dalam negara berbilang bangsa (multiracial) sebagaimana sering diungkapkan oleh pemimpin Kerajaan Perpaduan dilihat banyak pihak sebagai mengarut.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, perjuangan membela Melayu Tun M terkini semakin kabur dan tidak logik atau tidak bersandarkan pengalaman negarawan tesebut yang pernah memimpin negara selama 24 tahun.


Katanya, mustahil bangsa Melayu akan kehilangan hak kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan khas hak keistimewaan Melayu, malah Majlis Raja Raja kekal wujud untuk memastikan hak hak kaum Melayu tidak diusik oleh pihak mana pun yang memerintah.


Mengenai penentangan Tun M ke atas konsep negara berbilang bangsa pula, Hassan berasa hairan kerana negarawan itu pernah bersetuju dengan hak kaum lain dalam Persekutuan Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan ketika beliau berkuasa.


"Tun Dr Mahathir perlu merujuk Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.


"Ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum," kata Hassan dalam satu kenyataan ringkas.


Sebelum ini dalam sidang medianya, Tun M menyalahkan kerajaan semasa kononnya menghalang beliau mengadakan persidangan proklamasi Melayu.


Beliau menyerang ungkapan pemimpin kerajaan Perpaduan yang mementingkan kesaksamaan dalam pengagihan bantuan kepada kaum memerlukan sebagai polisi mengenepikan orang Melayu.


Dalam sidang media itu juga, Tun M berkata bangsa Melayu perlu berjuang untuk mendapatkan kuasa bagi membetulkan banyak masalah kaum itu tanpa membayangkan apakah yang telah beliau buat untuk orang Melayu selama dua dekad memerintah Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page