top of page

Tun M jangan gagalkan usaha kembalikan kerajaan mandat rakyat - Shamsul Iskandar



Bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad digesa agar tidak cuba menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) mengembalikan kerajaan mandat rakyat.


Gesaan itu dikeluarkan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas Ahli Parlimen Langkawi itu sekali lagi mengeluarkan kenyataan menyerang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperlecehkan kononnya Ahli Parlimen Port Dickson tersebut tidak mampu memerintah negara sekiranya menghadapi krisis kewangan.


Bagi Shamsul, kenyataan Dr Mahathir itu tidak lebih sebagai taktik politik yang menggambarkan bahawa beliau dalam keadaan terdesak untuk dilihat relevan dalam arus politik perdana.


"Serangan beliau terhadap Datuk Seri Anwar tidak berasas dan boleh disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha PH mendapatkan semula kerajaan.


"Kita semua sedia maklum kegagalan Tun Mahathir sebagai PM dalam mempertahankan agenda Reformasi dan mandat yang diberikan oleh rakyat sepanjang 22 bulan PH memerintah negara.


"Tindakan Tun yang meletak jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan PH (Februari lalu) menjadi punca kejatuhan kerajaan (mandat rakyat) seterusnya memangkin rampasan kuasa secara khianat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan dukungan gerombolan pimpinan Bersatu," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, menurut Shamsul lagi, Tun Mahathir seharusnya mengambil peranan sebagai negarawan selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan tidak perlu lagi kembali menjadi pencatur politik.


Katanya, percaturan sebelum ini yang gagal telah menyebabkan negara menjadi huru-hara dan ekonomi rakyat tidak menentu menghadapi pandemik Covid 19.


"Oleh yang demikian, dalam usaha Datuk Seri Anwar dan pimpinan PH menggembleng sokongan pelbagai pihak mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas, Tun perlu menghentikan tindakan-tindakan beliau yang kini dilihat seolah-olah mahu memecahbelahkan PH serta menggagalkan usaha tersebut.


"Tun Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa segala ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara mutakhir ini berpunca dari tindakan beliau sendiri.


"Beliau seharusnya menunjukkan sikap sebagai seorang negarawan dan membantu usaha Datuk Seri Anwar dan PH untuk mengembalikan mandat rakyat dan bukan menggagalkannya," katanya lagi.


Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang diterbitkan hari ini, Tun Mahathir berkata Datuk Seri Anwar tidak mampu mengemudi negara sekiranya berlaku krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.


Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika krisis matawang melanda Asia. Dr Mahathir kemudiannya memecat Datuk Seri Anwar dengan tuduhan skandal seks yang direkayasa sehingga mencetuskan gerakan Reformasi pada September 1998.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page