Tun berhentilah berlagak seperti orang lupa ingatan - Abdullah Sani



Bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir dinasihatkan agar tidak terus menerus menyerang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyucikan dirinya sendiri kononnya beliau bukan penyebab kejatuhan kerajaan PH.


Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, tulisan Mahathir membela dirinya di Facebook dan laman blog tidak akan mengubah tanggapan rakyat yang faham bahawa PH hilang kuasa akibat perletakkan jawatan Ahli Parlimen Langkawi itu.


"Nasihat saya kepada Tun Mahathir berhentilah berlagak seperti orang lupa ingatan.


"Selepas beliau meletak jawatan, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menghubunginya menjemput menyertai mesyuarat PH bagi membincangkan calon PM yang baharu tetapi jemputan tersebut ditolak oleh Mahathir.


"Maka PH membuat keputusan secara konsensus menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

"Menyedari Pagoh akan dilantik sebagai PM, barulah beliau (Mahathir) mahu bersama PH ketika itu dan meminta namanya dicalonkan. Mengapakah kisah ini tidak diceritakan dalam penafian dan penjelasan beliau?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Bagi Abdullah, tidak wajar Mahathir mengulang kembali episod Ahli-ahli Parlimen dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kemudian beliau kalah pencalonan kepada Anwar.


Kata Abdullah, sebaliknya Mahathir ketika itu lebih baik menyatakan sokongan kepada Anwar yang disokong padu oleh PH sebagai calon PM.


"Setelah undian dibuat melalui undian persendirian Ahli Parlimen, jelas Mahathir jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 62 undi berbanding Anwar yang memperoleh 92 undi. Kenapa yang dapat 92 undi kena ikut orang yang kalah?


"Mahathir tidak pernah berhenti menyalahkan Anwar atas kejatuhan PH. Mahathir sepatutnya bermuhasabah diri atas apa yang berlaku. Semua ini adalah dari tindakan beliau sendiri," katanya lagi.


Semalam Mahathir menceritakan kekesalannya kerana sekutu beliau dari PH tidak menyokongnya sebagai PM di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Katanya, jika beliau disokong maka kerajaan PH boleh diselamatkan dan terus memerintah biar pun parti Bersatu telah menolak beliau sebagai ketua.


Bagaimanapun, Mahathir dalam catatannya tidak pula menyebut peristiwa sehari selepas Agong melantik beliau sebagai PM Interim, beliau telah memanggil kesemua ketua-ketua parti politik dan menawarkan idea menubuhkan kerajaan perpaduan dengan pemimpin kanan parti tidak dilantik ke jawatan kabinet. Hal itu menyebabkan tidak ada pemimpin parti yang bersetuju dengan cadangan berkenaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER