top of page

Tumpu PRK Mahkota, jangan bercakaran isu sijil halal - AMANAH Wilayah



Isu sijil halal tidak perlu diperbesar besarkan dalam kalangan pimpinan komponen Kerajaan Perpaduan kerana ianya sengaja disensasikan oleh media tertentu yang mempunyai agenda tersendiri menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.


Bagi Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Wilayah Persekutuan, Ahmad Asri Talib, komponen Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya terperangkap dalam permainan isu sehingga kemenangan yang dijangkakan mudah buat calon BN di PRK Mahkota menjadi sebaliknya gara gara isu yang remeh.


Jelasnya, pemimpin gabungan kerajaan tidak perlu mengulas sebagaimana dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang menyelar Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok. Malah Perdana Menteri juga, katanya, telah meminta isu seperti itu tidak lagi disuarakan di media massa bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.


"PM Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara ke dalam mesyuarat (Pakatan Harapan), supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh," kata Asri dalam kenyataan.


Menurut beliau, tindak balas keterlaluan terhadap sebarang isu menjelang PRK hanya akan mengugat kepercayaan pengundi terhadap keutuhan Kerajaan Perpaduan serta menghilangkan minat mereka untuk mengundi calon BN.


"Semua isu ini serba sedikit dapat menjejaskan kepercayaan pengundi di PRK Mahkota. Sudah tentu pihak pembangkang yang memang sinonim dengan memperkuda isu 3R dapat menjadikan isu "halal" ini sebagai senjata utama mereka.


"Pengundi selain Bumiputera juga perlu dijaga dari segi hal ehwal kefahaman Islam tentang isu sebenar (sijil halal), bukannya dengan jawapan yang tidak sopan," katanya lagi.


Justeru beliau berharap, pihak Pakatan Harapan – Barisan Nasional dapat mengambil langkah bijak untuk menyelesaikan segera isu tersebut supaya tidak menjejaskan kemenangan BN dalam PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page