top of page

Tumpu kukuhkan hubungan Kerajaan perpaduan, bukan sebaliknya - AMK



Pemuda komponen Kerajaan Perpaduan dinasihatkan untuk menumpukan usaha memperkukuh kesatuan antara sesama parti komponen dalam menghadapi sebarang cabaran secara bersama.


Hal itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar dalam menghadapi kenyataan tegas daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Akmal Saleh dalam isu pengampunan dan pengurangan hukuman bekas Presiden UMNO, Najib Razak.


"Tatkala penilaian rakyat terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan terus kritikal, Sdr. Akmal tidak boleh mengeruhkan lagi keadaan dengan memulakan bibit provokasi terhadap rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan hanya kerana tidak berpuas hati dengan keadaan semasa.


"Adalah tidak adil buat rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang berusaha mengekalkan keharmonian dan hormat-menghormati dalam kalangan komponen tatkala pemimpin utama UMNO seperti beliau mengeluarkan kenyataan yang berupaya mewujudkan perasaan syak wasangka antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan.


Haziq berpendapat, Akmal seharusnya menumpukan usaha menggembleng dan meningkatkan sokongan anak muda Melayu kepada Kerajaan Madani serta menyokong polisi polisi untuk kebajikan rakyat.


"Sebaliknya, beliau (Akmal) dicadang untuk terus menumpukan usaha yang mampu memberi nilai tambah seperti terus mengukuhkan sokongan anak muda Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan, sekali gus menjadi pemain pasukan (team player) yang baik dan mengendurkan persengketaan antara satu sama lain," katanya lagi.


Sebelum ini kenyataan Akmal di media sosial dilihat berunsur provokasi apabila mempertikaikan pengurangan hukuman ke atas Najib dan bukannya pembebasan penuh sebagaimana diharapkan.


Kenyataannya yang menyentuh kerjasama dengan komponen Kerajaan Perpaduan bagaimanapun dianggap bukan mewakili UMNO.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page