top of page

Tukar Speaker di pertengahan penggal perlekeh mandat rakyat



Tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengemukakan usul menukar Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini amat tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati mandat rakyat.


Menurut Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, rakyat yang mengangkat kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum 2018 lalu mahukan institusi Parlimen yang bebas daripada campur tangan badan eksekutif.


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohamad Ariff, kata William, telah melaksanakan mandat itu sebaik-baiknya melalui siri reformasi Parlimen dengan mewujudkan pelbagai jawatankuasa di Parlimen.


Kata William, tindakan menukar Speaker di pertengahan penggal juga tidak pernah dilakukan di mana-mana negara dalam dunia.


"Tindakan ini memang pertama kali berlaku di negara kita. Malah mana-mana negara pun tidak buat seperti apa yang Muhyiddin buat. Speaker ditukar tak sampai sepenggal.


"Ariff melakukan tugas dengan baik, apa yang Muhyiddin lakukan hanyalah kerana politik. Ini permainan Muhyiddin dan orang-orangnya yang mahu menggugurkan Ariff di Parlimen.


"Saya juga nampak tindakan ini tidak menghormati mandat rakyat," katanya.


Menurut William, sekiranya Ariff berjaya digugurkan individu yang bakal dilantik kelak pastinya orang yang berada di belakang kerajaan Perikatan Nasional.


"Speaker baharu akan dilantik dan ini satu ujian untuk Muhyiddin. Kita pembangkang sukar menang kerana pemimpin-pemimpin pengkhianat ini akan letak orang-orang mereka.


"Kalau PH calonkan nama Ariff (sekali lagi untuk jawatan Speaker) ataupun nama lain kita mungkin akan kalah sebab ini permainan politik Muhyiddin.


"Ini semua untuk kepentingan politik masing-masing. Isu rakyat mereka tidak diambil kisah pun," ujarnya sinis.


Usul nombor 2 pengguguran Speaker akan dibahaskan pada pagi ini. Usul tersebut akan diundi dengan menyatakan secara lisan kepada bentara Dewan Rakyat sama ada menggugurkan atau tidak Ariff.


Sekiranya berjaya maka Speaker baharu akan mengambil alih kedudukan Ariff.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page