top of page

Tukar kualiti perkhidmatan kepada kualiti pengalaman - Fahmi



Kualiti perkhidmatan telah begitu lama menjadi kayu ukur kepada perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil, sampai masanya bukan sahaja kualiti dinilai tetapi pengalaman menggunakan perkhidmatan syarikat telco tersebut juga perlu dinilai.


"Saya minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan sedikit perubahan terma. Sebelum ini ada kualiti perkhidmatan, saya nak kualiti pengalaman.


"Kualiti perkhidmatan contohnya kita ambil pakej, dengan syarikat, walau kamu tempah 100 Mbps tetapi yang terbaik kamu boleh dapat adalah 10Mbps. Itu dia (telco) kata. Jadi sekarang kita kena tukar.


"Kalau banding Malaysia dengan negara Asia Tenggara, kita membayar antara paling tinggi untuk internet berbanding negara lain. Jadi saya kata kamu telah untung banyak. Lihat semangat (usaha) PM dalam isu Bernas, (syarikat) beri balik keuntungan kepada rakyat.


"Saya kata kepada telco, pendapatan kamu tidak pernah menurun. Jadi sekarang bantu rakyat. Beri kualiti pengalaman. Sebenarnya ia boleh dibuat," katanya yang menjadi tetamu dalam rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3, pagi tadi.


Dalam pada itu, Fahmi juga berkata tumpuan kerajaan kepada spektrum 5G bukanlah bermakna 4G akan diabaikan.


Katanya, di kawasan luar bandar 4G akan diperkukuhkan kerana 5G akan mengambil masa untuk tiba ke kawasan berkenaan.


"4G penting kerana asas 5G adalah 4G. Kalau nak tunggu capai 100% lambat. Menjelang Jun ini misalnya saya nak tengok internet (4G) di Sarawak selesai," katanya.


Mengenai lawatan beliau ke Sarawak, Fahmi berkata tujuannya khusus menumpukan kepada lokasi aduan yang mana terdapat menara telekomunikasi yang tidak mempunyai pemancar.


Akibatnya, kata beliau, begitu banyak sekali aduan internet tidak stabil atau hampir tiada di beberapa kawasan di negeri itu.


"Biasanya bila kita tengok menara di sini (Semenanjung) ada peralatan, jadi di Sarawak ada aduan dari ramai Ahli Parlimen mengadu menara ada tetapi masalah tiada internet, (atau disebut orang tempatan) tiada kuali (ceper pemancar)


"Syarikat telco ini nak masuk (pasang pemancar) fikir ekonomik atau tidak, saya kata hal ekonomik letak tepi, selesai masalah rakyat dahulu," katanya.


Ditanya apakah langkah untuk memastikan 5G akan dinikmati segera oleh rakyat Malaysia, beliau berkata pada ketika ini 60% kawasan berpenduduk telah diliputi 5G dan akan segera melengkapkan sasaran 100% capaian.


Model yang digunakan untuk memastikan kerja kerja berjalan lancar, katanya, pernah digunakan dalam pemasangan talian internet tetap melalui program JENDELA yang pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa.


"SKMM pernah memenangi tempat pertama di satu pertandingan antarabanagsa di Switzerland kerana menguruskan pelaksanaan JENDELA dengan baik.


"Kita guna model JENDELA untuk melaksanakan 5G. Kita dah ada pasukan khas untuk panggil telco ini, tanya kamu dah buat berapa dan mereka akan bermesyuarat setiap 2 minggu. Kalau kita arahkan sahaja belum tentu benda jalan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page