top of page

Tukar kerajaan, salahguna kuasa bekas menteri terbongkar



Bertukarnya tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada PN - BN kepada Kerajaan Perpaduan membawa pelbagai hikmah.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pertukaran tersebut menyebabkan penyalahgunaan kuasa bekas Menteri dan kaum kerabatnya berjaya dibongkar.


Katanya, rakyat gembira kerana skandal menjual minyak sawit kawalan melibatkan anak bekas Menteri dan skandal pengambilalihan konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur telah pun terdedah tidak sampai 4 bulan Perdana Menteri baharu berkuasa.


"Semalam 5 April anak seorang bekas menteri Kerajaan yang lalu bersama seorang lagi dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan tahun lalu.


"Manakala di hari yang sama, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sebuah syarikat dan pengarahnya didakwa atas dua pertuduhan menawar rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang Ahli Perniagaan bagi faedah seorang Menteri Kerajaan yang lalu (terbongkar)," katanya.


Menurut Hassan, meskipun yang dituduh masih belum diputuskan bersalah dan boleh membela diri namun isu utamanya ialah dengan terjadi pertukaran kerajaan maka skandal kerajaan lalu terdedah.


"Dua kes disebut yang berkait dengan menteri menteri kerajaan yang lalu iaitu Kerajaan gabungan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional mungkin tidak sampai ke mahkamah jika kerajaan yang lalu itu terus berkuasa," ujarnya.


Oleh kerana itu, tambah beliau, terdapat banyak negara yang menghadkan seseorang ketua kerajaan hanya dibenar memegang kuasa selama 2 penggal bagi mengelakkan anak, kroni serta suku sakat mereka membolot projek dan kontrak atau melakukan penyelewengan.


"Sebab itu di banyak negara di dunia terutama yang mengamalkan sistem Presiden membenarkan seseorang Presiden itu berkuasa hanya dalam tempoh yang dihadkan.


"Misalnya di Indonesia hanya dua penggal. Satu penggal selama empat tahun. Di Amerika Syarikat pun begitu. Manakala di Filipina seseorang Presiden hanya berkuasa selama sepenggal sahaja iaitu enam tahun," katanya


Justeru Hassan mencadangkan, Malaysia perlu mewujudkan undang undang bagi menghadkan tempoh seseorang Perdana Menteri berkuasa agar tidak berlaku lagi skandal seperti mana pada era Perdana Menteri keempat yang telah berkuasa berterus-terusan selama 22 tahun atau PM keenam yang skandalnya menggegarkan dunia.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page