top of page

Tukar kerajaan: 'Ahli Parlimen PN pun tidak ada maklumat'



Spekulasi Kerajaan Persekutuan akan bertukar yang hiruk pikuk diperkatakan dalam kalangan bloger serta Tiktoker pro pembangkang kebelakangan ini sebenarnya tidak diketahui hujung pangkalnya oleh kebanyakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sendiri.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, hal pertukaran kerajaan itu hakikatnya hanya diperkatakan secara serius dalam kalangan pempengaruh atau laskar siber PN berbanding pada tahun lalu, ianya turut diulas oleh beberapa pimpinan tertinggi Bersatu dan Pas.


Beliau berkata demikian mengulas jawapan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak yang baru baru ini ditanya berkenaan hal tersebut oleh Sinar Harian.


"Datuk Rosol kata yakin kerajaan akan bertukar, kedua, Dr Alias pula kata tak ada sebarang maklumat tetapi Pas akan setia bersama PN.


"Ini nak menunjukkan apa? Saya nampak (ianya) satu kekeliruan. Seorang kata kerajaan bertukar, seorang kata tak ada maklumat.

"Bagi saya hentikan polemik murahan ini, fokus kepada pembangunan Terengganu lebih baik," katanya.


Tambah Ahmad Nadhir, Rosol dan Dr Alias Razak sebaik baiknya berusaha fokus membangunkan negeri Terengganu daripada berfikir untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.


"Banyak lagi kita kena buat di Terengganu tetapi pimpinan Bersatu dan Pas tak habis habis mahu melakukan stunt politik murahan


"Sedangkan rakyat banyak lagi isu yang tidak selesai. Bagi saya ini satu tindakan tidak bertanggungjawab," katanya lagi.


Sebelum ini, Rosol yang dipetik Sinar Harian berkata beliau tidak tahu bagaimana pertukaran Kerajaan Persekutuan itu akan berlaku tetapi yakin akan bertukar kerana rakyat sedang marah berikutan kenaikan harga barang.


Manakala Dr Alias pula tidak mempunyai sebarang maklumat namun beliau berkata akan kekal bersama PN sehingga habis penggal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page