top of page

Tujuh maut serangan Israel ketika petugas agih bantuan Op Ihsan Malaysia



Sekurang-kurangnya tujuh orang rakyat Palestin dilaporkan syahid dalam serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis di kem


Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, ketika petugas mengagihkan bantuan makanan yang dihantar oleh misi Op Ihsan, tajaan Malaysia.

Menurut Pengerusi Sekretariat Induk Op Ihsan, Jismi Johari, pihaknya mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu ketika rakyat Palestin sedang mendapatkan keperluan makanan demi kelangsungan hidup.


"Menurut pegawai kesihatan Palestin, kejadian berlaku ketika petugas dalam persiapan untuk memulakan proses pengagihan barangan asas makanan termasuk pek makanan yang dihantar oleh Ops Ihsan.'


"Bagaimanapun, tentera Israel dilihat enggan bertanggungjawab terhadap serangan itu," katanya dalam satu kenyataan.


Melalui rakaman video yang dihantar Sekretariat Op Ihsan kepada wartawan, kelihatan sebuah treler yang memuatkan bantuan makanan terkandas satu lokasi dengan di sekelilingnya terdapat runtuhan bangunan dipercayai akibat serangan udara tentera Israel.


Jismi berkata konflik Gaza selama lima bulan menyebabkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal dan mereka terpaksa berebut ketika pengagihan bantuan akibat kelaparan melampau.


"Sekretariat Induk Ops Ihsan juga menggesa dunia untuk terus mendesak Rejim Zionis Israel untuk menghentikan apa yang dipanggil pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan penarikan balik tentera Israel dari Gaza dengan kadar segera," katanya.


Sebelum ini Suara Keadilan melaporkan pasukan bantuan kemanusiaan di bawah Ops Ihsan tajaan Malaysia berusaha menghantar sebanyak 100,000 pek makanan ke Gaza ekoran keadaan semakin genting di kawasan konflik itu susulan serangan berterusan Israel.


Makanan tersebut dibungkus di gudang di bawah operasi Ops Ihsan di Jalan Hob Haseib, Tereet Ismailiyah, Kaherah. Sebelum itu mereka berjaya membawa masuk kira-kira 2,000 pek makanan kepada penduduk Palestin di Gaza.


Gudang itu dikelolakan oleh Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dengan dibiayai oleh Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) Wisma Putra selain rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page