top of page

Tugas pembangkang pantau kerajaan, bukan hasut rakyat benci pemerintah



Pembangkang PN diperingatkan tanggungjawab sebenar mereka dibayar gaji oleh rakyat, iaitu untuk memantau prestasi Menteri Kerajaan Perpaduan bukan merekacipta fitnah setiap hari.


Hal tersebut ditimbulkan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli.


Menurutnya beliau akan menumpukan usahanya dalam Kementerian bagi melaksanakan projek projek ekonomi supaya memberi impak paling besar buat rakyat. Namun katanya, di luar waktu kerja beliau akan menjawab isu-isu yang pembangkang mainkan dan akan meyelaraskan supaya aktivis dan pimpinan Kerajaan Perpaduan turut sama memantau prestasi mereka sebagai pembangkang.


"Mereka ingat jadi pembangkang ini hanya untuk menimbulkan sentimen kebencian. Mereka lupa bahawa menjadi pembangkang perlukan pengetahuan mengenai dasar, memantau pelaksanaan, membawa suara rakyat dengan masalah seharian mereka," katanya.


Tegas Rafizi, mulai munggu hadapan beliau akan mengeluarkan kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden KEADILAN untuk menggariskan perancangan dan usaha parti menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang.


Beliau juga akan menyiarkan kandungan-kandungan politik untuk mematahkan sentimen kebencian yang dibawa pembangkang.


"Mulai Januari 2023, saya akan mula gerakkan kempen untuk PRN di 6 buah negeri.


"Kita akan berkempen seperti sebelum membentuk kerajaan atas platform KEADILAN dan @ayuhMYmovement tanpa penglibatan satu sen duit dan masa kerajaan.


"Jadi kepada kawan-kawan yang risau di luar, InshaAllah kami ada perancangan yang disusun untuk berdepan dengan lawan politik," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, beza beliau dan PN adalah masa yang dibayar gaji oleh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab negara, dan tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja politik.


"Masa kami sendiri seperti waktu malam, hujung minggu dan lain-lain adalah untuk berkempen supaya tidak ada campur aduk di antara tanggungjawab sebagai Menteri dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti.


Jangan jadi seperti PN-Pas, masa mereka jadi kerajaan semua berpuas hati dan kebajikan rakyat tidak terjaga. Masa dah kena buang dari kerajaan oleh rakyat baru (mereka jadi) terpaling lantang," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page