top of page

Tugas media melindungi rakyat daripada berita palsu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 28, 2023
  • 2 min read


Tugas utama media berhadapan gelombang teknologi maklumat adalah untuk melindungi rakyat daripada terpengaruh dengan berita palsu.


Menteri Komunikasi dan Mutimedia (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berkata kebangkitan media sosial menjadikan penyebaran maklumat atau berita palsu di media sosial sangat mudah dan menjadi ancaman kepada masyarakat.


Oleh itu, katanya, pengamal media profesional perlulah membantu kerajaan menghindari rakyat daripada terpengaruh dengan maklumat palsu.


"Berita palsu merosakkan reputasi, menghasut keganasan, dan mewujudkan kekeliruan serta ketakutan selain boleh mencetuskan panik dalam kalangan orang awam sehingga ada yang hilang kepercayaan terhadap usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.


"Harus diingat, jika ia tidak ditangani dengan cermat, penyebaran berita palsu dalam talian bukan hanya boleh menyebabkan keadaan panik, malah mampu mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan negara.


"Penting untuk kita mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh media memerangi berita palsu. Kepercayaan masyarakat kepada media arus perdana adalah pada tahap tinggi.


"Selain terlatih dan berpegang kepada etika kewartawanan, keupayaan untuk mengesahkan fakta dan sumber, ini penting dalam memerangi berita palsu, yang sering tersebar dengan cepat dan meluas tanpa sebarang pengesahan atau semakan fakta.


"Dalam kata lain, media boleh bertindak sebagai entiti yang berkuasa untuk memastikan kebenaran dan akauntabiliti, bertindak sebagai pengawas dan mendedahkan maklumat palsu," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2023 di Ipoh, petang tadi.


Sehubungan itu, Fahmi mahu kepercayaan yang diberikan rakyat kepada media perdana tidak disia siakan. Beliau berharap saluran media boleh menyediakan konteks dan analisis bagi membantu orang ramai memahami isu yang kompleks.


Beliau turut menyarankan orang ramai untuk membuat semakan fakta melalui platform yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).


Ketika ini, SKMM mempunyai sebuah unit dinamakan SEBENARNYA.MY untuk memperjelas dan memperbetul maklumat palsu manakala Bernama dengan platform MyCheck.My untuk mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat yang disampaikan.


Selain itu, Ketua Penerangan KEADILAN itu juga menyentuh laporan Institut Kajian Kewartawanan Reuters 2023 berhubung golongan wanita masih diketepikan daripada memegang kuasa dalam industri media berita global. Situasi serupa, katanya, turut berlaku di Malaysia yang kekurangan wanita dalam jawatan kanan editorial.


"Bersandarkan laporan media 2020 oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) Rantau Asia-Pasifik, didapati bilangan wanita dalam jawatan kanan editorial seperti pengarah, ketua biro dan pengarang tidak berapa memberangsangkan, meskipun kaum wanita unggul dalam jawatan eksekutif serta pengurusan seperti ketua pegawai eksekutif, eksekutif dan pengurus besar.


"Kerajaan berharap kekurangan wakil wanita dalam jawatan penting editorial dalam industri media tidak menjadi sebab kurangnya laporan berita berkait dengan hak wanita dan kesaksamaan jantina diberi penekanan dan diketengahkan oleh media di negara ini.


"Saya harap HAWANA 2023 turut membincangkan mengenai isu ini," katanya lagi.

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page