top of page

Kemungkinan wujud 'agen penghasut' dalam kes hina Sultan Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan akaun palsu telah digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi menyebar hantaran menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di media sosial.


Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, siasatan berhubung kemungkinan itu kini dijalankan secara bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta platform Meta, termasuk melalui analisis forensik digital.


Ia susulan beberapa perkara yang dibangkitkan susulan penafian individu yang dirakam percakapan sebelum ini.


"Antara perkara yang sedang dalam penelitian adalah sama ada wujud elemen akaun palsu atau fake account, atau elemen ‘agent provocateur’ yang sengaja mewujudkan akaun palsu untuk memuat naik kandungan, yang kemudiannya memangsakan pihak lain selain menimbulkan amarah umum," katanya.


Fahmi berkata begitu dalam sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Angkasapuri, pada Selasa.


MCMC kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Manakala, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, kes tersebut sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman ekoran darjah keseriusannya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page