top of page

Tuduhan pembangkang Menteri Kesihatan lemah tidak berasas


Oleh: Abdullah Zaid


Tuduhan pemimpin Pas Selangor yang mendakwa Menteri kesihatan Dr Zaliha Mustafa lemah sepanjang menguruskan kementerian berkenaan tidak berasas sama sekali.


Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob berkata, serangan ke atas Dr Zaliha oleh Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar tidak mengambil kira prestasi beliau dalam menaiktaraf klinik daif, menyelesaikan isu doktor kontrak diserap ke perjawatan tetap dan banyak lagi.


Tegas Ahmad Nadhir, dengan menyenaraikan beberapa isu seperti undang undang generasi penamat rokok (GEG) atau kenaikan kadar elaun pegawai perubatan yang tidak diselesaikan pada tahun ini, tidak bermakna Dr Zaliha lemah sebagai Menteri Kesihatan.


"Akhir-akhir ini, Dr Zaliha selaku Menteri Kesihatan telah menerima pelbagai tuduhan dan kecaman yang tidak berasas.


"Beliau dituduh dengan pelbagai tohmahan terutama dalam isu generasi penamat rokok dan Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005


"Ingin dijelaskan di sini segala tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah persepsi buruk yang tidak berasas bahkan telah dijawab secara tuntas oleh beliau sebelum ini.


"Tuduhan-tuduhan ini tidak lain hanyalah untuk merosakkan imej Dr Zaliha sebagai Menteri Kesihatan dan juga imej Kerajaan Perpaduan," katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam pada itu, Ahmad Nadhir menggesa semua pihak seharusnya merujuk maklumat dan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu-isu berkaitan dengan sektor kesihatan dan tidak menyemaknya di media sosial pro pembangkang yang sering mengelirukan fakta.


"Seharusnya semua pihak mengambil pendekatan yang matang dan juga intelektual selaras dengan prinsip Malaysia MADANI dalam menangani polemik serta isu-isu semasa di Malaysia.


"KEADILAN Kemaman juga yakin dengan kepimpinan Dr Zaliha dalam menerajui KKM dan sentiasa mendokong sebarang dasar dan juga penambahbaikan yang dibawa oleh beliau bagi meningkatkan lagi mutu kesihatan rakyat Malaysia, selain beliau harus diberi peluang untuk meneruskan tugas beliau di KKM," ujarnya lagi.


Menteri Kesihatan juga diserang oleh pembangkang mengenai isu IHR yang tidak diselesaikan pada tahun ini dan didakwa akan menghilangkan kedaulatan negara kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Sedangkan isu berkenaan tidak membabitkan kedaulatan negara dan sengaja diperbesar besarkan untuk memburuk burukkan Menteri Kesihatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page