top of page

Tuduhan kerajaan jalankan pendakwaan terpilih tidak berasas




Penyokong Perikatan Nasional (PN) terutama dari parti Pas digesa tidak menabur fitnah mewujudkan persepsi kononnya siasatan dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpin gabungan itu sebagai pendakwaan terpilih.


KEADILAN Cabang Kemaman dalam satu kenyataan berkata, penyokong Pas tidak seharusnya dipengaruhi emosi dan mereka wajar menyemak semula fakta sebelum membuat tuduhan Kerajaan mencampuri kes membabitkan pemimpin mereka.


"Penyokong Pas menuduh pendakwaan bermotifkan politik untuk menjatuhkan imej Perikatan Nasional.


"Namun mereka terlupa bahawa Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Tan Sri Azam Baki sendiri adalah individu yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyidin Yassin.


"Begitu juga dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga dilantik oleh bekas perdana menteri itu.


"Ini adalah bukti yang jelas bahawa pihak SPRM dan pejabat Peguam Negara menjalankan tugas dengan penuh profesional dan tidak terpengaruh dengan keputusan-keputusan politik," kata Biro Penerangana dan Komunikasi Kemaman dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, KEADILAN Kemaman juga menegaskan sekiranya berlaku campur tangan dalam pendakwaan, mengapa kes membabitkan pemimpin kerajaan masih dibicarakan di mahkamah.


"Kes tersebut tidak pernah ditarik balik oleh Peguam Negara dan masih berjalan di mahkamah.


"Penyokong Pas diminta jangan menabur fitnah dengan membuat tuduhan melulu, biar pihak yang berkenaan menjalankan tugas secara profesional dan memberi peluang mahkamah memutuskan sama ada pertuduhan itu benar atau sebaliknya," tambah kenyataan tersebut.


Semalam Muhyiddin yang merupakan Presiden parti Bersatu dipanggil memberi keterangan di SPRM Putrajaya.


Azam Baki kemudian mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan didakwa di mahkamah hari ini berkaitan kes salah guna dana kerajaan membabitkan Projek Inisiatif Jana Wibawa .


Pada 21 Feb lalu, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengaku di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta membabitkan program sama.


Selain dua pemimpin tertinggi Bersatu itu, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dan seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh, Datuk Teo Wee Cheng turut dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page