top of page

Tuduhan Hamzah cuba rosak reputasi SPRM - Azam Baki



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad mengesahkan agensi itu tidak terlibat dengan tindakan seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri.


Hal itu susulan tuduhan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa agensi itu mengugut Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid supaya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau berdepan pertuduhan di mahkamah.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata tuduhan dilemparkan Hamzah mendakwa pihaknya cuba menakut-nakutkan Ahli Parlimen PN didakwa bertujuan mencemarkan nama baik agensi itu.


"Kenyataan Ketua Pembangkang yang mendakwa kita terlibat dalam keputusan MP (Kuala Kangsar) adalah berniat jahat dan cuba memburukkan imej SPRM.


"Hakikatnya, kami tidak ada kena mengena dengan kenyataan yang dibuatnya," kata Azam Baki dipetik The Star.


Pada 12 Oktober lalu, Iskandar menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang dipimpinnya.


Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasan beliau.


"Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, saya menyokong YAB Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara," kata Iskandar dalam kenyataan beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page