top of page

Tuduhan guna dana judi: Bila PN nak saman PM?


Oleh: Abdullah Zaid


Pemimpin Perikatan Nasional (PN) pernah mengancam untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa gabungan itu memperolehi dana daripada syarikat perjudian sewaktu menjadi kerajaan pada 2020 hingga 2022 lalu.


Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempersoalkan mengapakah PN masih belum menyaman PM sehingga ke hari ini.


Timbalan Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, sekiranya dakwaan dana judi tersebut tidak benar blok pembangkang wajar mengambil tindakan undang-undang demi mempertahankan imej mereka.


"PM (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cabar kalau PN berani mempertahankan maruah mereka di mahkamah sebagai sebuah parti yang bersih.


"Tapi kita sedia maklum PN ini suka berkokok di sosial media, bila kita minta berhadapan dengan proses betul (ke mahkamah) mereka lari dan beri beribu alasan," katanya.


Nabil juga tertanya tanya apakah sikap pemimpin PN terhadap isu penggunaan dana judi, rasuah dan sebagainya adalah dengan mendiamkan diri.


Beliau memberi contoh pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 membabitkan seorang wakil rakyat Pas-PN di Parlimen Kuala Terengganu akibat didapati menyogok pengundi, tidak dirayu di mahkamah yang lebih tinggi.


"Contoh paling mudah kita ambil Kuala Terengganu, PN kalah di mahkamah dan terbukti menggunakan wang sogokan semasa pilihanraya lepas


"Tapi yang pelik dengan wakil rakyat terbabit beliau sendiri tidak merayu kes tersebut. Jadi kalau tak salah, kenapa tidak bawa pergi ke mahkamah rayuan?," soalnya.


Justeru itu, kata Nabil, gabungan parti Pas-Bersatu tersebut hanya berani di sosial media tetapi gagal menunjukkan kredibiliti melalui kuasa undang-undang.


Terdahulu, pada Julai 16 lalu dalam ceramah pelancaran jentera pilihanraya Perpaduan Kedah, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar PN untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaannya parti itu menggunakan dana judi pada Pilihan Raya Umum ke-15.


Jelas Perdana Menteri, beliau bersedia disaman sekiranya kenyataannya PN menerima dana daripada syarikat judi adalah fitnah.


Namun, sehingga kin, PN yang terkenal dengan slogan “Bersih dan Stabil” itu masih belum melakukan apa-apa tindakan berhubung dakwaan terbabit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page