top of page

Tuduh rakyat Selangor tiada rumah, Pas mengarut - AMK Selangor



Menjelang Pilihan Raya Negeri pada Julai ini, Pas Selangor mula melancarkan serangan ke atas kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang memerintah negeri sejak 3 penggal lalu.


Serangan terbaharu datangnya dari Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang mendakwa kononnya anak Selangor tiada rumah, tiada tanah sendiri walau sekangkang kera terutama golongan B40.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Selangor, Izuan Kasim, propagada Roslan itu seumpama orang mengigau atau datang dari planet lain yang tiba tiba memimpin Pas negeri.


Katanya, hujah tersebut amat keterlaluan dalam membodohkan rakyat dengan tidak mengambil kira program rumah Selangorku yang telah berjaya membina puluhan ribu rumah mampu milik sejak sedekad lalu.


"Sehingga kini 29,822 unit Rumah Selangorku telah pun diserahkan kunci kepada para pembeli yang layak manakala 18,039 unit rumah sedang dalam peringkat pembinaan dan baki 168,069 unit rumah pula masih dalam proses perancangan.


"Kerajaan Negeri Selangor juga telah memperuntukkan RM 3 juta pada tahun 2023 untuk Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin, dana tersebut memberi peluang kepada keluarga-keluarga daif di kawasan kampung memperbaiki keadaan rumah mereka melalui peruntukan Kerajaan Negeri," kata Izuan dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut membidas satu lagi tuduhan yang dilemparkan oleh Roslan kononnya Selangor memberi suntikan dana bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Katanya pemimpin Pas Selangor itu seolah olah tidak langsung membaca belanjawan negeri 2023.


Dokumen tersebut, katanya, mencatatkan sebanyak RM26.5 juta telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, ini bermaksud semua sekolah kebangsaan menerima peruntukan yang sama melalui dana Kerajaan Selangor.


"Jika SJKC mempunyai infrastruktur yang lebih berbanding sekolah kebangsaan, ianya adalah melalui sumbangan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang disalurkan secara sukarela.


"Malah Kerajaan Selangor ternyata memberi perhatian khusus kepada pembangunan sekolah aliran agama apabila memperuntukkan RM 5 juta untuk meringankan beban ibu bapa dengan pemberian subsidi yuran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI).


"Bagaimana boleh wujud tuduhan Kerajaan Negeri Selangor memberi peruntukan yang lebih banyak kepada SJKC ini?" tanyanya.


Tuduhan air percuma hanya dinikmati oleh 50% penduduk negeri kerana kelemahan pentadbiran juga, kata Izuan, perlu dirujuk kepada Belanjawan 2023 Kerajaan Negeri.


Katanya, had layak bantuan air percuma 11 meter padu telah pun dinaikkan kepada pendapatan isi rumah RM 5,000 dan ke bawah. Hal itu meningkat daripada jumlah pendapatan RM3,000 sebelum ini.


"Keadaan ini dilihat masuk akal kerana rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan melebihi RM 5,000 mempunyai lebihan pendapatan untuk membayar bill air secara penuh.


"Sebaiknya peruntukan air percuma ini diberikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, perhatian khusus ini diberikan memandangkan rakyat dalam lingkungan status B40 mempunyai cabaran kewangan yang lebih berbanding golongan T20," katanya.


Manakala dakwaan tidak wajar Selangor diurus oleh pemimpin berasal dari negeri lain pula amat remeh dan mengarut.


Hal itu, katanya kerana PN pun sedang cuba membawa masuk pemimpin politik dari Negeri Sembilan seperti Khairy Jamaluddin dan dari Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding di Selangor.


"Tiada logiknya melihat kewibawaan kepimpinan melalui tempat asal kelahiran pemimpin. Secara kesimpulannya segala tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor satu cubaan terdesak untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri Selangor yang kini cemerlang mentadbir dan memakmurkan Negeri Selangor," katanya lagi.


Izuan juga membidas bahawa kepimpinan Pas seakan-akan lupa kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mereka kuasai. Misalnya isu kelemahan pengurusan air di Negeri Kelantan dan Kedah yang tidak menunjukkan terdapat tanda tanda penyelesaian sebagaimana masalah di Selangor yang diselesaikan dengan baik.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page