top of page

Tuduh PH cabar Islam: Pas tidak pernah kemukakan bukti kukuh



Ungkapan Presiden Pas, Hj Hadi Awang dalam Amanat Khas Presiden di Kedah baru baru ini kononnya Pakatan Harapan (PH) lebih teruk mencabar Islam berbanding parti lain menyerlahkan sikap semberono pemimpin berkenaan.


Menurut Unit Komunikasi KEADILAN Cabang Kemaman, kecaman Duta Khas Ke Timur Tengah itu tidak pernah dibuktikan Pas biar pun ayat hampir sama pernah diungkapkan pemimpin Pas sebelum ini.


Katanya, tiada bukti kukuh PH mencabar Islam, Raja Melayu atau Perlembagaan Persekutuan sebagaimana disebut.


"Kenyataan duta khas yang dipetik beberapa portal berita itu kononnya PH mencabar Islam.


"Kenyataan ini jelas merupakan fitnah. PH sebagai sebuah pakatan yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan Amanah sangat menjunjung dan menghormati Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam agama rasmi Persekutuan. PH juga tidak akan sesekali membenarkan sebarang tindakan yang mencabar kedaulatan agama Islam di Malaysia," kata kenyataan itu.


Menurut Komunikasi KEADILAN Kemaman lagi, kenyataan tanpa bukti pemimpin Pas jelas satu propaganda murahan dan tidak selayaknya dikeluarkan oleh pemimpin sebuah parti Islam.


"Kenyataan ini disifatkan propaganda murahan daripada parti Pas itu untuk menutup ketidakmampuan mentadbir kerajaan setelah bersekongkol bersama pengkhianat dalam Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH


"Pihak KEADILAN Kemaman turut mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya memberikan bukti untuk mengesahkan kenyataan beliau," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page