top of page

Tuduh PH anti Islam: Ambil tindakan ke atas Pas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 30, 2022
  • 1 min read


Kenyataan pemimpin Pas Teluk Intan yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) anti Islam amat dikesalkan.


Menurut Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH)

Kawasan Teluk Intan, Perak, kenyataan tersebut bukan sahaja fitnah tetapi boleh memecah belahkan perpaduan rakyat kerana majoriti anggota PH adalah orang islam.


"Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Teluk Intan menyelar kenyataan yang dibuat oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Teluk Intan mendakwa PH gabungan politik anti Islam.


"Kenyataan sedemikian adalah bukti Pas tidak pernah ‘insaf’ dengan sikap dan budaya takfiri, iaitu mengkafirkan pihak yang bukan dari kalangannya. Tuduhan yang dibuat kepada PH ini pernah dilabel kepada Umno dan BN suatu ketika dahulu, namun kini Pas boleh bersahabat dan bersekongkol dengan parti itu.


"Kami menyifatkan kenyataan sedemikian sangat jahat kerana mendakwa sesuatu anti Islam, sedangkan di dalam PH mempunyai parti yang disertai oleh orang Islam. Ia sangat merbahaya dan boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri mengenai kenyataan menyongsang arus dikeluarkan oleh banyak pimpinan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.


Katanya, budaya fitnah tidak wajar diteruskan dalam parti yang kononnya dianggotai pada ulama dan ustaz itu.


"Kami menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu kenteraman awam seperti ini. Kami juga mendesak Pas memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.


"AMANAH juga akan membuat tindakan susulan berhubung kenyataan jahat ini, budaya memfitnah ini tidak wajar dibudayakan di dalam negara ini," katanya lagi.


Beliau juga mahu pimpinan Pas melihat nasib yang menimpa pemimpin utama mereka yang kalah berkali kali dalam saman fitnah di mahkamah sebagai muhasabah diri.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page