top of page

Tuduh amal demokrasi ala Israel: Pas berfahaman ekstrem - Kamil Munim



Oleh: Helmi Mohd Foad


Tindakan Pas menggelar Pakatan Harapan (PH) sebagai munafik dan musuh Islam yang mengamalkan demokrasi ala Israel menggambarkan parti itu berfikiran esktrem, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan.


Mohd kamil Abdul Munim berkata, sebenarnya Pas sudah semakin terdesak apabila semakin ramai Ahli Parlimen pembangkang memberikan dukungan kepada Perdana Menteri sekali gus melemahkan Perikatan Nasional (PN) kerana itu mereka melabelkan kerajaan dengan pelbagai tohmahan.


"Menyerang kerajaan secara dasar adalah sukar kerana angka dan petunjuk ekonomi dilihat semakin baik dan pelaburan semakin bertambah. Malah, tahap keyakinan dunia luar terhadap Malaysia semakin mengukuh di bawah PMX.


"Bagi mereka, ini tidak boleh dibiarkan. Jika tidak sokongan mereka akan terus merosot. Justeru, menggelar PH sebagai munafik, musuh Islam yang mengamalkan demokrasi ala Israel, ianya membenarkan pandangan bahawa Pas sebuah parti yang berfikrah ekstrem," kata Kamil dalam hantaran di Facebook hari ini.


Kamil yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata jalan tuntas bagi Pas untuk mempengaruhi minda khususnya masyarakat Melayu Islam adalah dengan menunggang dan memanipulasi dalil agama mengikut tembolok pemimpin tertinggi parti itu.

"Menghalakan apa saja seruan Tuhan di dalam Al Quran ke arah manusia dan pihak lain yang tidak berada di jalur politik yang sama. Inilah contoh gejala pelampau dan radikal dalam beragama yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Jangan terkejut jika ada ugutan dan seruan untuk membunuh YAB PMX berulang yang telah pun kita saksikan sepanjang setahun ini," katanya.


Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam tulisan Minda Presiden pada 6 Disember lalu bahawa konsep yang diguna pakai oleh Pakatan Harapan (PH) menepati demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Kerajaan Hamas di Palestin yang memenangi pilihanraya dan mencapai majoriti yang mencukupi.


Ahli Parlimen Marang itu juga menuduh KEADILAN sebagai parti minoriti kini memimpin kerajaan boneka pragmatik liberal, situasi sama seperti Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mencapai keputusan minoriti diberikan hak bagi menubuhkan kerajaan dengan sokongan Israel dan Amerika Syarikat.


Kamil berkata menyamakan pendekatan pemerintahan Kerajaan Perpaduan seperti pendekatan golongan munafik pada zaman Rasulullah jelas berniat jahat dan jauh menyimpang daripada fakta dan kebenaran.


Menyentuh hal berkaitan peruntukan, Kamil mempersoalkan sejak bilakah Kerajaan Persekutuan melakukan sekatan ekonomi terhadap negeri-negeri yang ditadbir Pas?


"Ini adalah satu fitnah yang maha dahsyat. Dalam hal royalti, Presiden Pas sendiri gagal selama 33 bulan untuk menyelesaikan ketika berada di pundak kuasa. Ini fakta yang sesiapapun di dalam Pas tidak mampu menyangkal," ujarnya.


Jelas beliau peruntukan negeri-negeri juga bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya seperti Kedah (RM512.1 juta tahun 2023 ketimbang RM458.1 juta tahun 2022), Kelantan (RM351.5 juta tahun 2023 ketimbang RM331.2 juta tahun 2022 ), Terengganu (RM411.1 juta tahun 2023 ketimbang RM393.6 juta tahun 2022 ) dan Perlis (RM154 juta tahun 2023 ketimbang 138.1 juta tahun 2022).


Menepis dakwaan menyamakan acuan demokrasi PH dengan Israel, Kamil berkata; "Apa yang cuba diselewengkan oleh Presiden Pas sebenarnya? Apakah beliau lupa bahawa PH merupakan blok terbesar yang menang dalam PRU-15?


Kepada tuduhan berwalikan orang-orang bukan Islam yang bermusuh terhadap Islam demi mendapat kuasa, kata beliau, Presiden Pas perlu jelas dalam hal berkenaan, siapakah dirujuk sebagai musuh Islam tersebut?


"Jika dimaksudkan DAP, apakah beliau lupa bahawa Pas pernah menjalinkan kerjasama bersama DAP di Perak yang menyaksikan MB dilantik dari Pas? Kerjasama di Selangor? Pulau Pinang? Lupakah beliau tentang seruan lita’arafu yang dilaungkan dahulu? Apakah kini darah mereka halal untuk diteguk?


"Iblis dilaknat bukan kerana tidak mengakui kewujudan Tuhan yang satu, tetapi kerana merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam, penuh dengan hasad, sombong dan takabur. Berpolitiklah secara matang dan sejahtera, seperti yang sering dilaungkan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page