top of page

Tubuhkan Majlis Ekonomi Wanita, bantu pengusaha wanita kuasai ekonomi


Naib Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, Junaidah Makku mencadangkan supaya Majlis Ekonomi Wanita ditubuhkan bagi membantu pengusaha wanita menguasai ekonomi negara.


Beliau yang juga Ketua Kaukus Srikandi KEADILAN Sabah berkata, penubuhan Majlis Ekonomi Wanita adalah sangat penting bagi menjamin kebajikan para wanita dari segi ekonomi selain melaksanakan dasar untuk pembangunan ekonomi wanita.


"Kebanyakan agensi dan NGO yang ada lebih fokus kepada ekonomi yang besar dan sederhana sehingga lari dari landasan asal iaitu mengangkat ekonomi kecil.


"Majlis Ekonomi Wanita ini akan berperanan untuk menyelaras serta memantau bagi memastikan segala dasar berkait pembangunan ekonomi wanita di semua peringkat dilaksanakan dengan jayanya," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita KEADILAN pada Kongres Nasional hari ini.


Junaidah selaku perwakilan Sabah juga menyifatkan, dalam usaha memperkukuhkan pembangunan ekonomi yang saksama, perlu diakui peranan wanita dalam sektor ekonomi sangat penting.


"Oleh itu kita menggesa kerajaan untuk melakukan inisiatif ini, jika kerajaan tidak mampu, bagi sahaja kepada parti KEADILAN untuk memerintah, kita akan bagi lihat bagaimana KEADILAN mengangkat martabat wanita dalam sektor ekonomi sama ada dalam industri besar dan sederhana termasuk pengusaha kecil.


"Mari kita turun ke lapangan bantu pengusaha wanita dan bersama-sama kita martabatkan wanita, pastikan jangan ada satu pun yang disisihkan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page