Tubuh 'task force' vaksinasi ibu hamil seluruh negara - AMK


Kematian artis terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin baru-baru ini akibat Covid 19 dalam keadaan beliau tidak divaksin kerana sedang hamil menimbulkan kesedaran perlunya ibu-ibu hamil divaksin segera bagi mengelakkan mereka mengalami nasib serupa.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Mohd Aizuddin Ariffin, trend peningkatan ibu hamil yang positif Covid 19 dan di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) amat membimbangkan ketika ini berikutan langkah pencegahan awal tidak dilakukan.


Katanya, merujuk kepada kenyataan Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Dr Muzirah Mohd Zain, kemungkinan wanita hamil positif Covid 19 mempunyai tiga kali ganda risiko perlu dimasukkan ke ICU dan dua kali ganda risiko untuk mendapat bantuan pernafasan mestilah di pandang serius.


"Oleh itu, satu pelan tindakan khas vaksinasi secara komprehensif dengan segera perlu dilaksana oleh kerajaan bagi memastikan ibu hamil mendapat vaksin secepat mungkin. Koordinasi yang tidak teratur dan lambat membuat keputusan hanya akan menyebabkan penambahan nyawa yang terkorban.


"Keadaan ini secara kolektifnya banyak melibatkan wanita muda. Mereka adalah tonggak harapan negara yang akan mencorakkan kejayaan sesebuah institusi keluarga.


"Walaupun terdapat pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan kepada setiap Pengarah Kesihatan Negeri untuk mengutamakan pemberian vaksin kepada ibu hamil, langkah ini masih belum mencukupi. Satu 'Integrated task force' perlu dibentuk di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.


Selain tu, menurut Aizuddin, pasukan petugas khas itu juga boleh memberi bantuan dari aspek sokongan mental kepada ibu hamil sekiranya berlaku hal-hal yang di luar jangka terhadap keluarga mereka dalam waktu kehamilan.


"Pasukan Petugas khas ini bukan sahaja melihat kepada isu vaksinasi ibu hamil, namun perlu melihat kepada keperluan sokongan kesihatan mental dan kaedah penjagaan. Mungkin ada di kalangan ibu ibu hamil berada dalam keadaan trauma dan ' anxiety '. Begitu juga yang kehilangan ahli keluarga. Mereka harus dibantu dan diberi sokongan.


"Saya mengambil kesempatan dan ruang yang ada untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para frontliners yang bertungkus lumus berganding bahu dalam usaha menangani pandemik covid 19," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER