top of page

Tubuh 'Task Force' pakar perubatan, agamawan, ahli teknologi tangani Covid 19


Langkah menangani Covid 19 yang lembab diusahakan oleh kerajaan Perikatan Nasional memerlukan satu 'task force khas' ditubuhkan bagi mengumpul pasukan pakar untuk menyelesaikan masalah.


ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, task force boleh menangani propaganda anti vaksin dan memberikan nasihat yang lebih diyakini oleh rakyat untuk mendaftar dan mengambil suntikan vaksin.


Malah katanya, kerajaan juga boleh menggalakkan sektor perubatan mengkaji kaedah baharu berdasarkan alam semula jadi dalam menangani Covid.


"Kerajaan diseru untuk membentuk sebuah ‘Task Force Team’ yang dianggotai oleh pakar-pakar perubatan, agamawan dan pakar-pakar IT yang berwibawa serta pengamal-pengamal perubatan alternatif bagi menepis segala maklumat yang tidak tepat dan palsu serta berupa fitnah yang diketengahkan dalam media-media sosial.


"Kerajaan juga boleh memberi galakan kepada pihak-pihak swasta dan NGO untuk menubuhkan pusat-pusat penyelidikan perubatan alternatif dan perubatan berasaskan alami dengan memberi geran-geran kewangan yang sewajarnya.


"Seperti di Thailand, di samping mereka bergantung kepada perubatan moden, mereka juga positif menggunakan kaedah perubatan alternatif dan sumber alami.


"Umpamanya mereka menggunakan herba pokok hempedu bumi untuk membantu mengawal serangan Covid 19 dan juga herba-herba lain. Pusat-pusat penyelidikan tersebut juga boleh menyelidik rawatan sedia ada kepada penduduk tempatan kerana majoriti data yang digunakan adalah dari populasi Barat," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Khairuddin menggesa kerajaan meminta pengiat-pengiat seni tanah air mencipta lagu-lagu yang boleh memupuk pandangan orang ramai dalam menjayakan program vaksin kepada rakyat.


Katanya, jiwa masyarakat mungkin menjadi lembut apabila selalu mendengar alunan lagu-lagu yang merdu dengan lirik-lirik indah yang mengandungi pengajaran.


"Pendek kata kerajaan perlu menggunakan segala sumber yang ada dengan menjadi ilmu dan fakta kajian sebagai asas penerangan bagi memudahkan rakyat menerima segala cadangan dan program yang hendak dilaksanakan. Rakyat akan mudah menangkis hujah picisan dalam isu penggunaan vaksin Covid," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page