top of page

Tubuh tabung pembangunan semula Gaza peringkat ASEAN - Pemuda AMANAH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 28
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Pembangunan semula Gaza, Palestin yang telah luluh lantak dihancurkan oleh rejim Israel memerlukan dana yang banyak dan bantuan berterusan daripada umat Islam, terutama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.


Sehubungan itu, Pemuda AMANAH menyeru kerajaan menubuhkan Tabung Pembinaan Gaza di bawah pengurusan ASEAN bagi memastikan usaha berkenaan terus dilaksanakan tanpa nokhtah.


Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Ammar Atan berkata, tabung tersebut akan menjadi platform kolektif untuk membantu rakyat negara itu membina semula kehidupan mereka selepas kemusnahan besar besaran.


"Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih 15,000 bangunan di Gaza telah musnah atau rosak, termasuk rumah, sekolah, hospital, dan masjid.


"Dengan 80 peratus penduduk Gaza bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan, tabung ini dapat mengisi kekosongan bantuan global dan menyediakan sokongan berstruktur yang mampan.


"Di bawah pengurusan ASEAN, tabung ini dapat melibatkan kerjasama negara serantau dan antarabangsa untuk memastikan dana yang disalurkan sampai kepada rakyat Gaza dengan berkesan," katanya dalam kenyataan.


Oleh yang demikian, katanya dana tersebut boleh digunakan untuk membina semula sekolah, hospital, tempat perlindungan, dan infrastruktur asas lain.


"Penglibatan ASEAN juga memastikan usaha ini terus dilaksanakan dengan fokus kolektif dari rantau ini, menonjolkan Malaysia sebagai pemimpin dalam menyokong keadilan dan kemanusiaan.


"Langkah menubuhkan Tabung Pembinaan Gaza ini juga mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuhkan hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa.


"Malaysia telah membuktikan bahawa lantang bersuara dalam menyokong Palestin tidak menghalang kestabilan ekonomi.


"Melalui pengurusan ASEAN, tabung ini dapat menjadi simbol solidariti serantau yang berkekalan," katanya lagi.


Dalam pada itu, Ammar berkata pihaknya yakin bahawa inisiatif berkenaan bukan sahaja dapat membantu rakyat Palestin, tetapi mengukuhkan kedudukan Malaysia dan ASEAN sebagai pelopor keadilan sejagat.


Katanya, Malaysia mempunyai peluang besar untuk menunjukkan kepimpinan berprinsip yang membawa perubahan bermakna kepada dunia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page