top of page

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat RM500 bilion dana dibelanjakan era PM Mahiaddin Yassin



Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat dana kerajaan sebanyak RM500 - RM600 bilion yang dibelanjakan pada era pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin dua tahun lalu.


Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan, perbelanjaan sebanyak itu tidak pernah diperincikan di parlimen tujuannya agtau ke mana dibelanjakan sehingga kini.


"Tidak tahu RM500 bilion ini pergi mana ketika pemerintahan Tan Sri Mahiaddin Yassin. Ini duit rakyat, duit kita, duit negara.


"Sebab RM500 bilion ini banyak. Dulu kes 1MDB dikatakan RM42 bilion. Yang ini RM500 bilion. Tak ada audit, tak bawa ke parlimen.


"Kita nak tahu. Kalau belanja betul tak ada masalah. Kalau belanja tak betul sila jawablah," katanya.


Beliau mahu cadangan tersebut dijadikan tindakan oleh Kerajaan Perpaduan diterjui PM Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika ini.


"Pada saya kena tubuh. Saya ingat ini skandal paling besar.


"Saya minta ditubuh, sebab suruhanjuaya diraja kita ingat dulu kes mata lebam (Anwar - 1998). Macam mana korporal nak siasat Ketua Polis Negara. Itu kita minta tubuh suruhajaya siasatan diraja, hari ini tubuh esok kita tahu duit itu pergi mana," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, semalam.


Dalam sidang media itu, beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia tidak lagi meneruskan politik adu domba dan perkauman kerana proses pelantikan PM telah selesai dan kini masanya membina semula negara.


"Kita dah selesai pilihan raya. Yang menang undi popular PH, bilangan kerusi (terbanyak) pun PH. Kita kemukakan nama (Anwar) kepada Agong untuk Seri Paduka Baginda lantik sebagai PM malaysia.


"Proses berjumpa, perbincangan semua telah dibuat. Selepas itu kita tahu Baginda panggil satu sidang Majlis Raja raja Melayu, keluar keputusan menyatakan Seri Paduka Baginda, ketua negara membuat keputusan melantik Anwar sebagai PM ke 10


"Sebagai rakyat dalam negara kita kena akur. Sebab itu saya minta rakyat tolak politik perkauman, kebencian, adu domba. Sekarang masa bina semula negara, tangani harga barang, tak ada kerja.


"Jadi soal perpaduan kita tidak boleh komproni. Ini rumah kita. Kalau negara ini hancur kita nak ke mana," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page